fbpx
Now Reading
Gagal Julang Apa-apa Kejuaraan Musim Ini, Zidane Sah Tinggalkan Real Madrid

Gagal Julang Apa-apa Kejuaraan Musim Ini, Zidane Sah Tinggalkan Real Madrid

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ekoran dari kegagalan menjualang sebarang kejuaraan buat kelabnya musim ini, dan yang pertama sepanjang 11 tahun, Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane difahamkankan telah meletakkan jawatan secara serta-merta.

Keputusan tersebut dibuat 5 hari selepas mereka gagal menjuarai La Liga dan hanya berpuas hati di tangga kedua apabila ketinggalan dua mata di belakang juara, Atletico Madrid.

Perkara itu kemudian disahkan pihak pengurusan kelab menerusi satu kenyataan yang turut menerima keputusan pengunduran dengan hati terbuka.

“Kami menghormati keputusan Zidane dan menghargai segala profesionalisme, dedikasi dan minat yang beliau curahkan bertahun-tahun untuk Real Madrid.

“Zidane merupakan ikon terbaik Real Madrid dan legasinya pasti berterusan dengan apa yang pernah dicapainya sepanjang bergelar jurulatih dan pemain. Dia akan sentiasa ada dalam hati peminat Real Madrid dan sentiasa ada di ‘sini’ kata kenyataan tersebut.

Real Madrid sebelum ini menerima tamparan hebat apabila tewas di tangan Chelsea pada Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah sekaligus mengundang kecaman peminat mereka.

Keputusan tersebut menyaksikan Chelsea akan bertemu seteru senegara yang juga Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

Sebagai rekod legenda bola seoak Perancis itu sebelum ini pernah meletakkan jawatannya sebagai pengurus Real Madrid sebaik menjuarai UCL pada tahun 2018 sebelum kembali mengemudi Los Blancos 10 bulan kemudiannya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.