fbpx
Now Reading
KJ Gesa Zahid Berundur, Perjelas Reformasi UMNO Tidak Boleh Ditangguhkan
KJ minta Zahid berundur

KJ Gesa Zahid Berundur, Perjelas Reformasi UMNO Tidak Boleh Ditangguhkan

Susulan dari kekalahan yang dialami oleh parti Barisan Nasional (BN), terdapat beberapa ahli UMNO yang meminta agar Presiden parti itu untuk meletakkan jawatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui pada 19 November lalu jutaan rakyat Malaysia telah menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengundi bagi Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Hasil keputusan daripada PRU15 yang diadakan telah membuatkan Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan yang teruk apabila hanya berjaya memperoleh 30 kerusi sahaja di Parlimen.

Susulan dari kekalahan tersebut, terdapat beberapa ahli UMNO meminta agar presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk meletakkan jawatan.

Antara individu yang menggesa supaya Zahid meletakkan jawatan adalah; Tan Sri Noh Omar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Shahril Hamdan dan termasuklah Khairy Jamaluddin.

KJ minta presiden UMNO letak jawatan

Menerusi hantaran di Twitter rasmi miliknya, Bekas Menteri Kesihatan itu menyatakan Panglima besar (Zahid Hamidi) perlu ada maruah untuk mengambil tanggungjawab apabila kalah dalam peperangan.

“Lebih-lebih lagi bila strategi perang diatur oleh Panglima besar telah sebabkan ramai soldadu di mendan tersungkur.

“Presiden mesti undur. Sekarang. Reformasi UMNO tidak boleh ditangguh lagi,” tulisnya.

Kalah di Parlimen Sungai Buloh

Untuk rekod, Khairy Jamaluddin merupakan calon yang mewakili BN di Parlimen Sungai Buloh namun gagal memperoleh kerusi tersebut apabila kalah dengan memiliki undi 48,250.

Manakala pencabarnya R Ramanan dari Pakatan Harapan (PH) menang apabila berjaya memperoleh sebanyak 50,943 undi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.