fbpx
Now Reading
Video Frontliner Buat Video Call Bantu Anak Tatap Wajah Ibu Buat Kali Terakhir Undang Sebak Ramai

Video Frontliner Buat Video Call Bantu Anak Tatap Wajah Ibu Buat Kali Terakhir Undang Sebak Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pemergian insan tersayang terutamanya ibu dan bapa pasti memberi kesan kepada sesiapa sahaja.

Namun perasaan itu pasti lebih meruntun apabila kita sebagai waris tidak dapat menguruskan urusan pemergian mereka apatah lagi untuk berada dekat dan menyentuh mereka buat kali terakhir.

Menerusi TikTok, seorang penggunanya @maszuraa yang merupakan seorang frontliner telah berkongsi satu video suasana di dalam sebuah wad ICU yang menempatkan seorang pesakit Covid-19.

Dapat dilihat di dalam video tersebut seorang frontliners dilihat sedang membantu anak kepada seorang pesakit Covid-19 untuk menatap wajah ibunya menerusi panggilan video call.

Namun caption yang digunakannya pasti meruntunkan sesiapa sahaja kerana momen tersebut sebenarnya difahamkan adalah momen terakhir buat si waris untuk menatap wajah orang kesayangan mereka yang difahamkan sedang tenat.

“Kami hanya mampu buat video call kepada waris”

@maszuraa

Arwah telah meninggal awal pagi tadi dekat wad. Semoga arwah ditempatkan di sisi org yg beriman. Aminn🤲 ##frontliner ##Alfatihah ##fypシ

♬ Mungkin Hari ini Esok Atau Nanti Cover by Ray – Ray

“Pilu rasa hati ini, sebak sedih semua ada. Kami nurse hanya mampu buat video call kepada waris(sahaja)

“Sedih, (kami) faham perasaan bila insan yang tersayang pergi tapi tak dapat berada di samping disaat pesakit sedang tenat. Hanya dapat menatap wajah ibu mereka yang telah pergi meninggalkan mereka” tulisnya di dalam video tersebut.

Tambah Maszuraa lagi, pesakit tersebut telah meninggal dunia semalam.

Perkongsian berkenaan nyata mengundang sebak orang ramai. Malah terdapat beberapa individu yang turut berkongsi kisah mereka yang hampir sama dengan waris wanita tersebut.

Ramai yang turut mengambil kesempatan menzahir rasa terima kasih mereka di atas usaha juruwarat tersebut yang sanggup membantu waris walaupun dalam keadaan sibuk menjalankan tugas masing-masing.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.