fbpx
Now Reading
Sering Bantu Urus Jenazah Pesakit Covid, Semangat & Kesungguhan Remaja OKU Dipuji Ramai

Sering Bantu Urus Jenazah Pesakit Covid, Semangat & Kesungguhan Remaja OKU Dipuji Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dilahirkan sebagai orang kelainan upaya (OKU) bukanlah satu hukuman ataupun kifarah, sebaliknya ia satu ujian kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat supaya lebih prihatin serta menyantuni golongan berkenaan.

Meskipun bergelar OKU, namun keadaan itu tidak menjadi penghalang seorang remaja bagi membantu menguruskan jenazah pesakit Covid-19.

Bantu uruskan jenazah pesakit Covid-19

Foto: FB

Menerusi perkongsian seorang lelaki bernama Muhammad Ridzuan di laman Facebook, dia menceritakan tentang semangat dan kesungguhan seorang remaja OKU yang membantu menguruskan jenazah pesakit Covid-19.

Biarpun diuji tanpa jari di kedua-dua belah tangannya, remaja yang bernama Muhd Ammar Ikhwan itu tetap berusaha untuk melaksanakan tuntutan fardhu kifayah tersebut.

“Walaupun beliau tidak mempunyai jari pada kedua-dua belah tangannya, dia tetap akan berusaha untuk membantu.”

Tetap menjaga keselamatan

Remaja yang berusia 22 tahun dari Kota Kuala Muda, Kedah itu juga difahamkan tidak mengambil mudah soal keselamatan kerana tetap memakai pakaian perlindungan diri (PPE) seperti sukarelawan lain.

Foto: FB

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen juga kagum dengan tindakan remaja berkenaan. Malah, ada juga yang mengakui remaja berkenaan memang seorang yang ringan tulang.

Walaupun dirinya dilahirkan sebagai orang kelainan upaya, perkara itu tidak memutuskan semangatnya untuk membantu orang lain.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.