fbpx

Banyak Buku BM! Big Bad Wolf Lancar Promosi ‘Jualan Buku Online Serigala Jahat’, Diskaun Sehingga 95%

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berita baik buat penggemar buku berbahasa melayu, syarikat jualan buka terbesar di dunia, Big Bad Wolf kini mengadakan promosi Jualan Buku Online SERIGALA JAHAT .

Promosi tersebut akan berlangsung selama 7 hari bermula dari hari ini , 11 Jun – 17 Jun 2021 menerusi laman e-dagang mereka.

“Si Gala ambil alih dari Big Bad Wolf “

Lebih 60,000 judul buku!

Yang menariknya, untuk kempen kali ini, Big Bad Wolf yang terkenal dengan produk buku antarabangsa memperkenal maskot ‘Si Gala’ (nama melayu untuk Wolf) demi memberi fokus pada penjualan ribuan buku-buku berbahasa Malaysia yang pastinya akan menarik minat pencinta buku bagi semua peringkat umur.

Menerusi satu kenyataan, mereka memaklumkan kelainan ini bertujuan untuk memupuk niat membaca dan melahirkan perasaan riang ketika membaca sambil meluaskan pasaran di penduduk luar bandar selain memperkenalkan persona baharu.

Difahamkan kempen kali ini melibatkan banyak pengusahab-pengusahan penerbitan tempatan antara beberapa nama besar seperti PTS Media Group Sdn. Bhd., Penerbitan Pelangi, Penerbitan IMAN, Buku Fixi dan banyak lagi.

Ada tawaran menarik?

Mestilah ada!

Antara tawaran menarik yang diberikan sempena kempen Online Serigala Jahat ini adalah :

1.Tawaran eksklusif buku Bahasa Malaysia terpilih dengan harga bermula dari RM1.00


2.Potongan diskaun tambahan 10% [maksimum RM20 untuk setiap transaksi] apabila membelanjakan minimum RM200 dalam satu transaks. Gunakan kod promo : BBWSRJ10%

3.Beli 2 Buku Cerita Ajaib dengan harga RM15. (Harga asal RM12/buku)


4. Beli 3 Buku bergambar Cerita Klasik Kanak-Kanak dengan harga RM20

5. Beli 3 Buku Aktiviti Menarik (Berbunyi) dengan harga RM25

Selain itu penghantaran percuma akan diberikan kepada pembeli di Semenanjung Malaysia untuk pembelian melebihi RM100 dan 50% diskaun tanpa minimum pembelian untuk mereka di Sabah Sarawak!

Jadi apa tunggu lagi jom serbu laman edagang mereka, online.shopbigbadwolfbooks atau copy paste link ini ke browser anda : https://my.shopbigbadwolfbooks.com/

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.