fbpx
Now Reading
Remaja Raih Semua A Dalam SPM, Reaksi Bapanya Hampir Menangis Buat Ramai Terharu

Remaja Raih Semua A Dalam SPM, Reaksi Bapanya Hampir Menangis Buat Ramai Terharu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 telah diumumkan semalam. Ramai calon yang telah mengambil peperiksaan tersebut berkongsi keputusan yang mereka peroleh di laman sosial.

Rakam detik terima keputusan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @haqimiadlii di TikTok, dia merakamkan detik semasa dirinya dan ayahnya melihat keputusan SPM bersama-sama.

Remaja yang dikenali sebagai Qimi itu difahamkan sengaja merakam video berkenaan untuk melihat reaksi ayahnya.

Apa yang menarik perhatian ialah ayahnya kelihatan sangat terkejut dan terharu semasa keputusan dikeluarkan.

Ayah hampir menangis

Bahkan, ayahnya sangat gembira sehingga berlinangan air mata dan turut mencium pipi anaknya.

Raih keputusan cemerlang

Mana tidaknya, remaja berkenaan meraih semua A dalam setiap mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan SPM.

@haqimiadlii

congrats to all 03’ babies ##promax ##spm2020

♬ Sunflower – Rex Orange County

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 620.1K views, 126K likes dan 3K comments di TikTok. Rata-rata netizen terharu dengan reaksi ayahnya yang sangat menyentuh hati itu.

Tahniah!

Malah, ramai juga yang meninggalkan komen ucapan tahniah kepada remaja berkenaan di atas keputusan cemerlang yang dicapainya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.