Sedih Tengok Remaja Gigih Niaga Burger Dalam Hujan, Pak Azad Ajak Orang Ramai Untuk Beli Sekali
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah yang dirasai apabila melihat orang lain yang bersusah payah mencari rezeki.
Menerusi perkongsian video di laman Instagram Azad Jasmin, dia merakam seorang remaja yang menjual burger di tepi jalan sekitar Shah Alam.
Jual burger dalam hujan
Remaja itu kelihatan berdiri sambil memegang beberapa bungkusan burger dengan pakaiannya yang basah kuyup akibat terkena hujan.
Pelakon yang mesra disapa sebagai Pak Azad itu menyeru orang ramai untuk membantu peniaga tersebut yang dilihat sangat gigih dan cekal mencari rezeki walaupun dalam keadaan hujan yang sangat lebat ketika itu.
Tolong lahhhhh, sesiapa yg lalu kot area Shah alam, tolong lah budak ni, dia tak mintak duit, dia cuma mintak anda kalau terjumpa dia, beli lah burger dia nah… anda bantu dia AllahSWT guarantee bantu anda.
Tambahnya, anak muda itu tidak meminta sedekah langsung, malah dia hanya ingin menghabiskan jualan burgernya sahaja.
Turut mendoakan peniaga itu
Pelakon berusia 45 tahun itu sempat menitipkan doa agar Allah melindungi remaja tersebut serta keluarganya di kapsyen posting berkenaan.
Hujan Rahmat, Ya Allah Ku pohon padamu, jagalah insan ini bersama keluarganya. Amin amin amin. Kita bersenang di rumah, mereka mencari rezeki dalam hujan di luar.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut akaun Instagramnya bersimpati melihat situasi remaja lelaki itu yang berusaha mencari rezeki walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak berapa baik.