fbpx
Now Reading
WHO Bimbang Kes Meningkat Selepas Sekatan Dilonggarkan Di Perlawanan Euro 2020

WHO Bimbang Kes Meningkat Selepas Sekatan Dilonggarkan Di Perlawanan Euro 2020

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyuarakan rasa bimbang mereka diatas tinadakan beberapa negara Eropah yang terlibat dengan EURO 2020 apabila mereka mula melonggarkan sekatan Covid-19.

Pengarah Eksekutif Pejabat Wilayah WHO bagi Eropah, Robb Butler menyatakan terdapat peningkatan kes ketika ini di bandar-bandar yang menjadi lokasi perlawanan EURO 2020.

“Kita bimbang dengan keputusan tuan rumah (negara peserta) yang melonggarkan sekatan COVID-19 selepas mendapati beberapa stadium yang mengadakan perlawanan membenarkan kehadiran penonton yang melebihi had sepatutnya,” katanya dalam satu emel kepada AFP.

Penyokong Perancis sewaktu perawanan EURO menentang Portugal

Meskipun pihaknya tidak mendedahkan negara yang mengambil pendekatan sedemikian namun United Kingdom baru-baru ini ada mengumumkan akan menambahkan had penonton kepada 60,000 bagi perlawanan Separuh akhir dan Akhir 2020 yang akan berlansung di Stadium Wembley, London berbanding kapasiti asal yang ditetapkan iaitu 40,000.

Keputusan ini bermakna, had 50% kapasiti yang ditetapkan untuk stadium tersebut sebelum ini kini dinaikkan kepada 75%.

Penyokong Hungary sewaktu perlawanan EURO

Mereka bagaimanapun meletakkan syarat dimana setiap penonton perlu menunjukkan bukti bahawa mereka sudah disahkan negatif dengan menjalani ujian swab test atau melampirkan bukti yang meraka sudah mengambil vaksin penuh (2 dos) 14 hari sebelum perlawanan tersebut.

Sebelum ini Denmark yang menaikkan jumlah penonton yang dibenarkan memasuki stadium dari 16,000 kepada 25,000 telah pun merekodkan 28 kes baru berkaitan perlawanan EURO di bandar mereka.

Selain itu beberapa negara Eropah lainnya turut mencatatkan peningkatan kes ekoran dari perlawan Euro di sana.

Sehubungan itu WHO menggesa pihak berkuasa di bandar yang menganjurkan perlawanan di kawasan masing-masing khususnya di lokasi kes COVID-19 yang tinggi untuk mengambil tindakan berjaga-jaga.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.