fbpx
Now Reading
2 Tahun Berumahtangga Siap Ada Anak, Isteri Terkejut Suami Rupanya Abang Kandung Sendiri

2 Tahun Berumahtangga Siap Ada Anak, Isteri Terkejut Suami Rupanya Abang Kandung Sendiri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara bapanya pernah berkahwin secara sembunyi di Thailand, seorang wanita terpaksa berdepan realiti yang pahit dan tidak dijangka iaitu terkahwin dengan abang kandung sendiri.

Lebih mengejutkan apabila perkara ini hanya diketahui dua tahun selepas perkahwinan dan dikurniakan zuriat.

Kisah ini telah dikongsikan seorang Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli menerusi akaun Facebooknya.

“Angkara ayah kahwin sembunyi di Thailand.”

Menurutnya, perkenalan antara wanita tersebut dengan pasangannya bermula di universiti. Hubungan percintaan mereka kekal selama tiga tahun sebelum mereka membuat keputusan untuk berkahwin sesudah tamat belajar.

“Masa kenal, tak pernah jumpa dengan ayah lelaki tersebut. Katanya sudah meninggal. Wanita ini juga telah kematian ayah. Jadi, tak ada perkara yang curiga pun.

“Selepas grad, wanita ini dinikahkan oleh abang kandung yang sulung sebagai walinya. Pernikahan berjalan dengan lancar. Selepas dua tahun pernikahan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata.”

Tetapi status sebenar suaminya kemudian terbongkar sewaktu wanita itu sedang berbual kosong dengan ibu mertua mengenai kisah lamanya berkahwin di negara seberang. Dikatakan perkahwinan tersebut terputus di tengah jalan selepas ibu mertuanya melahirkan anak lelaki.

Dan tanpa disedari, rupa-rupanya bekas suami ibu mertuanya merupakan bapa kandungnya sendiri.

Foto: FB Fahmi Ramli

“Keinginan wanita ini untuk melihat Sijil Pernikahan ibu mertuanya tersebut menjadi terbuak-buak sebab baru tahu tentang ibu mertuanya bernikah di sana.”

Antara paling memeranjatkan adalah nama ayah mertuanya yang dikatakan telah meninggal dunia adalah sama dengan nama arwah bapa kandungnya. Malah, nombor kad pengenalan dan pasport pun langsung tak berbeza.

Bercerita lebih lanjut, ibu mertuanya diajak berkahwin di Thailand kerana tidak mendapat restu dan tidak mempunyai sesiapa, bahkan merupakan seorang duda.

Namun mengejutkan apabila gambar arwah ayah mertuanya merupakan bapa kandung wanita itu sendiri.

Terbongkar suami adalah abang kandung sendiri lepas 2 tahun berkahwin | Foto sekadar hiasan

“Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah… menjerit dia dan berlari dia keluar rumah dan terus pandu keretanya pulang ke rumah keluarganya.

“Menangis sepanjang perjalanan. Tiba di rumah ibunya, terus dia ceritakan segalanya. 

“Suami wanita ini tiba lebih kurang satu jam selepas balik daripada tempat kerja secara kecemasan. Bimbang apa-apa berlaku kepada isterinya.

“Selepas diceritakan segalanya, biru pucat suaminya tersebut. Menangis air mata mengalir tak henti.”

Posting dengan 2,600 sukaan ini telah mendapat reaksi berbeza-beza daripada netizen. Ada yang menceritakan pengalaman yang sama. Malah, segelintir netizen turut memberi nasihat untuk lebih peka mengenai perkara seperti ini supaya kejadian yang sama tidak akan berlaku kepada pasangan lain.

Berlaku sekitar 2017

Menerusi laporan Kosmo, insiden ini berlaku sekitar tahun 2017 dan 2018 dan ianya sudah selesai di mana pasangan ini telah difaraq atau dipisahkan oleh mahkamah syariah.

Mengulas lebih lanjut, Fahmi berkata perkahwinan sebegini tidak melalui proses pemfailan cerai yang biasa atau lafaz talak tidak seperti biasa.

Ini kerana perkahwinan mereka disebut sebagai nikah fasid iaitu pernikahan yang tidak memenuhi syarat-syarat sah bernikah mengikut hukum syarak.

“Tetapi anak hasil perkahwinan berkenaan masih boleh kekal berbin atau berbintikan bapanya kerana status anak itu disebut sebagai anak persetubuhan syubhah memandangkan ibu bapanya tidak tahu mereka adalah adik beradik sewaktu bernikah.

“Namun, seandainya ibu bapa ini tetap berkahwin juga walaupun tahu mereka adik beradik, mereka dianggap berzina dan anak itu tidak boleh dinasabkan kepada bapa berkenaan,” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.