fbpx
Now Reading
Teruk Dikecam Isu Kaabah, Pembangun Permainan Fortnite Tampil Perjelaskan Apa Yang Terjadi

Teruk Dikecam Isu Kaabah, Pembangun Permainan Fortnite Tampil Perjelaskan Apa Yang Terjadi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini kami ada melaporkan mengenai satu peringatan yang dikeluarkan Universiti Al Azhar mengenai bahaya permainan Video Game popular, Fornite yang didakwa menghina kesucian kaabah.

Menurut Portal Midle East Monitor, amaran tersebut dikeluarkan Pusat Antarabangsa Untuk Fatwa Elektronik Al- Azhar, ekoran beberapa dakwaan dan penularan beberapa foto screenshot yang menunjukkan pemain berdiri memegang kapak di hadapan rumah suci umat islam tersebut.

Mereka kemudian menasihatkan orang ramai khususnya anak-anak untuk berhati-hati selepas terbukti terdapat struktur rumah suci umat islam berkenaan didalam permainan tersebut.

Insiden terebut menyebabkan pembangun permainan tersebut teruk dikecam masyarakat khususnya di kalangan bukan gamer.

Foto tular di media sosial

Ia direka oleh pemain menerusi Mod Creative

Enggan perkara tersebut disalah ertikan,  pasukan pembangun Fornite di Timur Tengah menerusi satu hantaran di Facebook mereka kemudiannya tampil menjelaskan isu hangat berkenaan.

Menurut Fortnite, foto yang tular dan sohor di media sosial yang memperlihatkan beberapa pemain sedang berdiri di hadapan kaabah sambil memegang ‘kapak’ sebenarnya bukanlah rekaan pihak mereka.

Sebaliknya peta dan segala struktur banguna tersebut direka oleh seorang pemain game itu sendiri menerusi mod ‘creative’ yang membenarkan pemainnya melakukan suntingan.

“Kami ingin menjelaskan mengenai isu penggunaan rumah ibadat di dalam game kami. Isu yang dimaksudkan (kaabah dan masjidil haram) merupakan sebuah island yang dibina seorang pemain menerusi mod creative mode.

“Di island ini anda tidak boleh menghancurkan Kaabah.” menurut kenyataan Fortnite.

Mereka dalam masa sama turut menekankan pihak Fornite menghormati mana-mana agama dan sentiasa bekerja rapat dengan pasukan pembangun dalam memberikan persekitaran permainan yang selamat.

Malah menerusi video yang pernah kami sertakan pada artikel terdahulu (rujuk disini) , pemain yang dipercayai membina kaabah di dalam ‘island’ berkenaan turut menyertakan emoji ‘love’ sewaktu berada di rumah suci tersebut.

Rujuk video di bawah :

Video lain kaabah di Fortnite :

Hasil tinjaun kami pada peraturan yang dikeluarkan Fortnite terhadap pemainnya yang ingin membina ‘island’, memang terdapat beberapa peraturan yang tidak membenarkan sebarang kandungan -kandungan sensitif dihasilkan.

Mereka menerusi peraturan tersebut turut mengalu-alukan semua pemain tanpa mengira bangsa, agama, warna dan jantina dan melarang keras mana-mana penciptaan kandungan atau struktu yang boleh merendah-rendahkan atau meminggir mana-mana kumpulan dan individu lain.

Mereka turut menyediakan ruangan aduan sekiranya ada di kalangan pemain yang membangunkan sesuatu yang negatif dan bertentangan dengan komuniti.

Foto : Epicgames/Fornite

Kapak yang digunakan adalah alatan untuk membina

Menurut laporan portal yang terkenal dengan aktiviti semak fakta, Misbar, kapak yang dilihat dipegang para pemain sebenarnya merupakan alatan untuk membina tempat berkenaan dan bukannya untuk menghancurkan seperti yang tular di media sosial.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.