fbpx
Now Reading
Saintis Temui SpongeBob & Patrick ‘Sebenar’ Di Dasar Laut

Saintis Temui SpongeBob & Patrick ‘Sebenar’ Di Dasar Laut

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penggemar kartun dan animasi pasti cukup kenal rancangan kartun terkenal, SpongeBob SquarePants.

Meskipun kurang mendapat sambutan di kalangan kanak-kanak masa kini ekoran dari kewujudan ratusan pesaing, rancangan SpongeBob suatu masa dahulunya cukup digemari generasi milenial.

Berkisar mengenai kehidupan didalam lautan, siri animasi dari Amerik Syarikat ini menampilkan watak utama SpongeBob yang merupakan span laut bersama sahabat baiknya Patrick Star, tapak sulaiman merah jambu dan kehidupan seharian mereka bersama rakan-rakannya yang lain di bandar fiksyen Bikini Bottom.

Namun siapa sangka, animasi ini seolah wujud di dunia nyata apabila sekumpulan saintis dari National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) bertemu SpongeBob dan Patrick ‘sebenar’ di Retriever Seamount di dalam Lautan Atlantik iatu kira-kira 321 kilometer dari perairan New York.

Lebih mencuri tumpuan apabila pasukan penyelidik tersebut berjumpa kedua-dua nya di atas sebuah batu sambil duduk bersebelahan seolah mereka adalah kawan seperti di dalam animasi.

Seorang dari merekaa iaitu, Christopher Mah kemudiannya memuat naik foto tersebut di akaun Twitternya berserta kapsyen yang mencuit hati.

“Biasanya saya akan mengelak terumbu karang, namun kali ini saya menemui SpongeBob dan Patrick yang sebenar!” ciap Mah.

Menurutnya span kuning dari spesis span Hertwigia yang kelihatan seperti SpongeBob dan tapak sulaiman daripada spesies Chondraster yang mirip Patrick ditemui didalam dasar sedalam 1,885m.

Warna sedikit berbeza kerana warna didalam animasi lebih ‘ditokok tambah’

Tambah Mah lagi, meskipun agak lucu untuk membuat perbandingan, dia menjelaskan warna yang sebenar dengan warna didalam kartun adalah sedikit berbeza dimana warna SpongeBob didalam animasi yang lebih ditokok tambah.

“Warna yang dipaparkan dalam siri kartun itu sebenarnya lebih ‘ditokok-tambah’ berbanding realiti spesies sebenar.

“Sebagai seorang ahli biologi yang mempunyai kepakaran dalam hidupan laut, kebanyakan elemen yang ditonjolkan dalam watak SpongeBob dan Patrick adalah salah,” ujarnya.

Sesuai lah dengan animasi kan?

Perkongsian tersebut kemudiannya telah menarik perhatian orang ramai sebelum menjadi sohor di Twitter dan media sosial lainnya.

Ramai yang meluahkan rasa teruja mereka tidak kurang juga yang menyunting foto yang dimuat naik Mah sehingga kelihatan seperti watak didalam siri kartun mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.