fbpx
Now Reading
Abang Siti Sarah Pula Positif Covid-19, Tahap Oksigen Menurun

Abang Siti Sarah Pula Positif Covid-19, Tahap Oksigen Menurun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Keluarga besar pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu sekali lagi diuji apabila abang iparnya, Ahmad Firdous Raissuddin pula dimasukkan ke Hospital Serdang, Selangor,selepas tahap oksigennya menurun akibat positif Covid-19.

Menurut, meskipun tahap oksigen abang iparnya semakin menurun namun dia difahamkan masih dalam keadaan stabil.

Dia yang sudah fobia dengan wabak maut tersebut bagaimnapaun menasihatkan abang iparnya supaya tidak menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.


“Saya jadi fobia. Apabila abang ipar saya menjalani pemeriksaan tahap kandungan oksigen antara 94 dan 95 peratus

“Saya cakap, tak payah tunggu lama-lama, pergi dapatkan rawatan segera. Saya mohon, tolong doakan abang ipar saya.

Dia dalam masa sama turut berpesan kepada orang ramai agar sentiasa memberi penekanan kepada penjagaan kesihatan diri.

“Apabila sudah berlaku perkara macam ini, kena ada kesedaran untuk menjaga kesihatan. Kita kena periksa diri apa diperlukan, apa vitamin yang kita kena ambil dan bagaimana nak menjaga sistem imunisasi.

“Kalau ada anggota keluarga dijangkiti Covid-19, kita kena tahu apa kita kena buat. Kena ada oksimeter. Ini benda wajib ada sekarang,” katanya.

Bakal bertemu anak bongsunya di hospital

Menerusi laporan mStar, Shuib dalam masa sama turut memaklumkan akan bertemu anak bongsunya Ayash Affan yang baru sahaja dilahirkan pada hari ini.

“Esok (Rabu) buat kali pertama saya akan jumpa Ayash Affan di hospital.

“Saya tak sabar nak jumpa, nak pegang dia… tapi dalam masa yang sama saya sangat sedih sebab ibu dia tak sempat jumpa dia.

Dia (Siti Sarah) gadaikan nyawa dia untuk selamatkan anak kami,” katanya usai majlis tahlil untuk isterinya arwah Siti Sarah pada selasa malam.

Ayash Affan, berjaya dikeluarkan daripada kandungan ibunya pada Jumaat lalu.

Terdahulu Siti Sarah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 5.13 pagi isnin di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.