fbpx
Now Reading
Kerap Hiburkan Orang Ramai Dengan Video Teori ‘Melalut’, Rupanya Tersorok Kisah Sedih Baha BHP

Kerap Hiburkan Orang Ramai Dengan Video Teori ‘Melalut’, Rupanya Tersorok Kisah Sedih Baha BHP

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mereka yang aktif di media sosial pasti pernah terlihat klip video Baha BHP, seorang lelaki berpakaian seragam stesen minyak BHP yang petah menjawab pelbagai soalan rawak yang diberikan kepadanya.

Disebabkan reaksinya yang spontan walau ada sesetengah jawapan yang diberikan sedikit tersasar dan sedikit melalut, ramai memberikannya gelaran abang kimia, abang agraban dan banyak lagi.

Tidak kurang yang mentertawakannya dan menganggap dia yang bekerja di Pasir Gudang Johor hanya cakap kosong dan hanya mahukan perhatian orang ramai.

Namun disebalik semua video-video ‘melucukan’ tersebut, sebenarnya tersimpan 1001 kisah sedih dan kesukaran yang ditanggung dalam Baha didalam hidupnya.

Menerusi TikTok, adik Baha @sayatiarachannnel telah berkongsi kepada orang ramai kisah sebenar abangnya itu yang sebelum ini hanya diketahui mereka sekeluarga.

Jalani kehidupan normal siap tamat tingkatan 6 tapi semua berubah selepas keluarga ditimpa musibah

Menurut adiknya, Tiara Baha suatu masa dahulu menjalani kehidupan yang normal. Dia seorang yang rajin dan juga pintar malahan berjaya menamatkan pelajaran di tingkatan 6.

Dia yang bercita-cita untuk menyambung pengajian di peringat ijazah muda bagaimanapun terpaksa melupakan hasratnya selepas keluarganya ditimpa musibah hingga menyebabkan rumah mereka terpaksa dilelong.

Baha yang merupakan abang sulung kemudiannya terpaksa menjadi ketua keluarga untuk menyara kehidupan adik-adiknya dengan bekerja sebagai pencuci pinggan dengan upah RM10 sehari.

Menurut adiknya lagi, Baha juga difahamkan pernah cuba untuk membunuh diri dipercayai akibat tekanan melampau dengan dugaan yang perlu dihadapinya.

@sayatiarachannnel

kisah hidup baha ##fyp ##fypシ

♬ original sound – 👸💜Nika Princess💜👸

Bakar sijil sekolah tapi sokong adik sambung belajar

Tambah adiknya itu lagi, Baha juga telah membakar kesemua sijil yang diperolehi kerana dia seolah tiada lagi harapan untuk menyambung pelajarannya.

Namun disebalik kekecewaannya itu, dia tidak pernah melupakan tanggungjawabnya yang digalasnya untuk menyara adik-adiknya malah terus meminta mereka menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dan hasilnya Tiara kini bergelar seorang jurutera.

@sayatiarachannnel

saya akan buat youtube baha..sekarang saya bz dengan study..terima kasih atas doa semua ##fyp ##fypシ

♬ original sound – tiara 🇲🇨🇲🇾🇹🇷🇵🇰

Ibu mengalami masalah kesihatan mental

Mengulas lanjut kenapa Baha menjadi ketua keluarga, Tiara menjelaskan ianya kerana ibu mereka sudah lama mengalami masalah kesihatan mental iaitu sewaktu melahirkan adik mereka lagi.

@sayatiarachannnel

kdg2 sy xnk jwp soalan ni..sebab sedih untuk cerita smue ye..tp sy tpkse cerita untuk xjd fitnah. ##fypシ ##fyp

♬ original sound – tiara 🇲🇨🇲🇾🇹🇷🇵🇰

Perkongsian Tiara nyata menyentuh hati ramai netizen . Ramai yang turut memohon maaf kerana pernah mentertawakan abangnya suatu masa dahulu tanpa mengetahui kisah sebenar mengenai dirinya.

Ramai yang turut meluahkan rasa bangga mereka dengan usaha Baha hingga berjaya membantu adik-adiknya hingga mereka berjaya hari ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.