fbpx
Now Reading
Kelibat Entiti Berkepala Senget Dirakam Di Jalan Terpencil Cetus Perdebatan Netizen [Video]

Kelibat Entiti Berkepala Senget Dirakam Di Jalan Terpencil Cetus Perdebatan Netizen [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kes-kes berdepan kelibat misteri sewaktu memandu di waktu malam cukup lazim dalam masyarakat kita.

Ada yang mendakwa mengalami ketika berseorangan dan ada juga yang mendakwa mengalaminya sewaktu berkumpulan, namun satu yang pasti, meskipun kita sehabis baik cuba mengelakkan diri dari bertemu entiti-entiti aneh ini pasti ada segelintir  yang kurang bernasib baik apabila terserempak juga dengan mereka.

Terbaru, seorang pengguna Facebook, Kay Onn, menerusi satu hantaran di Facebooknya telah berkongsi satu klip rakaman dash cam dimana dia terserempak dengan satu entiti yang tidak diketahui sewaktu dalam perjalanan pulang dari memancing.

Menerusi video tersebut,dia yang sedang memandu seorang diri di sebuah jalan yang sunyi sepi tanpa lampu jalan bagaimanapun tiba-tiiba ternamak satu kelibat satu entiti sedang berjalan didalam gelap.

Namun melihat dari rupa makhluk tersebut yang dilihat senget seperti tidak berkepala, dia secara spontan menjerit “Allahuakbar” sebelum menyambung zikir “laa haula wa laa quwwata illa billah” dipercayai kerana terlalu terkejut.

Menurutnya jalan yang dilaluinya sememangnya sunyi sepi, tanpa lampu jalan, tiada kawasan perumahan berhampiran malah tiada langsung kenderaan yang lalu.

Mulanya berniat untuk berpatah balik untuk melihat kembali apakah kelibat yang dilihatnya tadi, Kay Onn bagaimanapun terpaksa membatalkan hasratnya memandangkan minyak keretanya hampir habis.

” Ada ‘sesuatu’ yang berdiri di tepi jalan, aku tak pasti apa? Aku dalam perjalanan bbalik dari memancing seorg diri… fikir nak pusing balik, tapi malas la, sebab minyak kereta dah nak habis.

“Jalan ni memang sunyi sepi, boleh dikatakan sepanjang perjalanan, langsung tiada kenderaan lalu, tiada lampu jalan dan tiada penduduk…

Teriak Allahuakbar..

Lebih menimbulkan persoalannnya, jika benar ia adalah manusia bagaimana ia mampu berjalan di kawasan tersebut memandangkan disana tiada lampu jalan, tiada kawasan perumahan berdekatan untuk.

 “Oleh sebab aku sendiri pun tak pasti adakah manusia atau “benda” tu, jadi mari kita fikir secara logik akal, jalan tu memang tiada lampu sepanjang jalan, disitu tiada perumahan atau penduduk, kenderaan pun langsung tak lalu waktu malam… jadi ,jika itu adalah manusia, adakah mata dia ada night vision? jika itu bukan manusia… so perkara biasa la”

Perkongsian tersebut kemudian menarik perhatian orang ramai sehingga video tersebut dikongsikan sebanyak 3,800 kali.

Ramai yang turut meninggalkan komen mengutarakan pendapat sendiri sehinggas tercetusnya perdebatan dimana ada yang menganggap ia adalah manusia biasa dan ada segelintir lain berasakan sebaliknya.

Ramai yang turut menasihatkannya agar lebih berjaga-jaga memandangkan dia memandu di jalan berkeanaan pada lewat malam.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.