fbpx

HSI Akui Kisah Tular Wanita Positif Covid-19 Bersalin Sendiri Adalah Benar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Media sosial sejak semalam hangat memperkatakan mengenai pendedahan seorang wanita yang terpaksa bersalin seorang diri di katil hospital.

Wanita yang dikenali sebagai Noor Aziah yang hamil 39 minggu difahamkan seorang pesakit Covid-19 dan dia telah dibawa ke dewan bersalin di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru untuk menunggu sebelum dijadualkan bersalin secara pembedahan.

Namun sewaktu menunggu disana,  dia bagaimanapun secara tiba-tiba terasa ingin bersalin namun panggilan dan jeritannya tidak dilayan kakitangan hospital dan akhirnya berjaya melahirkan bayinya itu seorang diri.

Lebih mengejutkan apabila dia turut mendakwa terdengar gelak tawa beberapa petugas berkenaan sedangkan panggilannya sewaktu itu langsung tidak berjawab.

Perkongsian tersebut yang sudah dipadamkam wanita dari akaun Facebook-nya bagaimanapun sempat di salin dan tampal beberapa page dan blogger sehingga menarik perhatian orang ramai termasuk media.

JKNK mengakui dakwaan berasas

Terbaru, pihak Hospital Sultan Ismail Johor Bahru menerusi kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan negeri Johor mengakui dakwaan wanita berkenaan adalah benar.

Menurut mereka, aduan wanita tersebut berasas namun mereka menjelaskan ianya kerana proses bersalin berlaku lebih awal dari jangkaan pihak hospital.

Berlaku lebih awal dari tempoh jangkaan besalin

“Dia perlu ditempatkan di ruang isolasi yang tertutup (kerana positif Covid). Proses bersalin berlaku di luar jangkaan…ia berlaku lebih awal daripada tempoh jangkaan bersalin enam jam. Pesakit telah bersalin secara bersendirian dan bayi didapati berada di atas katil pesakit.

Pihak HSI bagaimanapun menafikan adanya suara ketawa seperti yang dimaklumkan sebaliknya ia berkemungkinan datang daripada bunyi bising di bilik bersalin berhampiran, yang ketika itu sedang melakukan prosedur kelahiran bayi secara vakum.

“Bagaimanapun, JKNJ akan menjalankan siasatan lebih terperinci mengenai kejadian ini dan mengambil tindakan penambahbaikan yang diperlukan,” kata Pengarah JKNJ, Datuk Dr Aman Rabu

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.