fbpx
Now Reading
Seram! Video Kerusi Bergerak Sendiri Seolah Ada Orang Duduk Buat Ramai Meremang

Seram! Video Kerusi Bergerak Sendiri Seolah Ada Orang Duduk Buat Ramai Meremang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Alam ghaib sememangnya diakui wujud namun ianya dikatakan  terselindung di sebalik pandangan kita sebagai manusia biasa. Malah sebagai orang islam kita dituntut mempercayai kewujudan perkara tersebut dengan syarat tidak sampai ke tahap melakukan perbuatan syirik, khurafat dan tahyul.

Yang pasti ramai berharap agar mereka tidak ditemukan atau berselisih dengan perkara-perkara sebegini kerana khuatir yang mereka pasti ‘tumbang’.

Namun lain pula buat seorang lelaki ini, apabila dia walapun sedikit cuak namun masih berani merakamkan kejadian mistik dimana sebuah kerusi yang terletak di belakangnya bergerak dengan sendiri.

VIdeo yang dikongsikan rakan sepejabatnya, seorang pengguna TikTok, @alfi.arif nyata menarik perhatian orang ramai.

Difahamkan dia yang sedang bekerja seorang diri sebuah pejabat agensi kerajaan, pada waktu malam tiba-tiba berasa tidak sedap hati.

Namun disebabkan takut untuk menoleh ke belakang dia kemudian telah memasang kamera yang dihala ke arahnya.

Menerusi video tersebut, dia beberapa kali dilihat menjeling pada lensa kamera berkenaan. Namun tidak lama kemudiannya sewaktu sudah mula fokus pada kerja, sebuah kerusi yang terletak di sebuah meja di belakang tiba-tiba bergerak sendiri seolah ada seseorang yang sedang duduk atau cuba menggerakkannya.

@alfi.arif

Lihat kerusi belakang! Anda nilai sendiri ##officelife

♬ Ghost Sound 01(964339) – ROYAL KLAXON MUSIC

Menurut Alfi diruangan komen, rakannya itu kemudian segera mengemas barang-barangnya dan meninggalkan pejabat mereka. Difahamkan dia hanya menyemak rakaman video tersebut selepas pulang ke rumah.

Video tersebut membuatkan netizen meremang dan tak senang duduk. Ada yang turut berkongsi pengalaman serupa apabila perlu bertugas lebih masa di pejabat seorang diri.

Awat aku meremang..

Tuan kerusi terus tukar kerusi lain

Kalau saya dah menggelupur lari

“Ada di sebelah adik”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.