fbpx
Now Reading
Jururawat di Sabah Terkejut Ada Individu di Johor Guna MyKad Miliknya Buat Saringan Covid & Disahkan Positif

Jururawat di Sabah Terkejut Ada Individu di Johor Guna MyKad Miliknya Buat Saringan Covid & Disahkan Positif

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/ctnurhidaya/status/1437232213666402309https://twitter.com/ctnurhidaya/status/1437589115499728900

Semua orang pasti bersetuju aplikasi MySejahtera kini begitu penting dalam kehidupan harian kita selepas MyKad dan lesen memandu.

Yelah semua tempat yang nak dikunjungi pun kini memerlukan aplikasi berkenaan untuk di daftar masuk/keluar selain ia digunakan untuk mengetahui status vaksinasi seseorang.

Namun bayangkan kalau MySejahtera korang tiba-tiba berstatus merah dan disahkan positif covid-19 walhal korang langsung takde melakukan ujian, mesti cuak kan?

Itu yang dialami seorang wanita yang bertugas di Sandakan apabila status MySejahteranya bertukar merah secara tiba-tiba dan disahkan positif Covid-19.

Nama sama tapi beza nama bapa

Hasil semakan kemudian mendapati seorang individu telah menggunakan identiti dan MyKad miliknya sewaktu melakukan saringan disebuah klinik di Kulai, Johor.

Lebih mengejutkan apabila dia yang juga seorang jururawat di sebuah hospital kerajaan di Sandakan mendapati nama individu tersebut sama dengannya namun apa yang membezakan hanyala nama hujung bapa mereka.

Kisah tersebut yang dilaporkan adiknya, @ctnurhidaya di Twitter kepada pengedali MySejahtera kemudiannya mula tular sehingga mencuri perhatian netizen.

“Hello MySejahtera, individu ini Nurul Ashikini binti Abdul Ghani guna nombor IC kakak saya untuk buat saringan Covid-19 di Johor.  Nama kakak saya Nurul Ashikin binti Abdul Ghaib kini bekerja di Sandakan” ciap adiknya

Keadaan tersebut juga menyebabkan kakaknya kini tidak dapat melakukan imbasan MySejahtera untuk pergi kemana-mana.

Petugas klinik pegang IC pesakit sambil register

Mulanya menyangkakan ia hanyalah kesilapan teknikal ekoran dari tersalah key-in, si adik bagaimanapun terkejut apabila kakaknya memaklumkan sudah menghubungi klinik tersebut dan mereka memaklumkan mengambil no tersebut dari MyKad milik individu berkenaan.

Sudah buat laporan polis

Sehubungan itu dia telah membuat satu laporan polis dan pihak klinik juga turut membuat laporan sama.

Tambah gadis ini lagi, ini bukan kejadian pertama sebaliknya pernah berlaku kepada seorang lagi individu beberapa bulan lalu.

MySejahtera sudah beri maklum balas

Hasil penelitian kami, MySejahtera sudah pun membalas ciapan gadis tersebut namun setakat ini belum ada sebarang maklumat terbaru dari gadis berkenaan dan juga MySejahtera.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.