fbpx
Now Reading
Kereta Wira Tukar Lorong Mengejut Sebabkan Motosikal Dinaiki 1 Keluarga Kemalangan [Video]

Kereta Wira Tukar Lorong Mengejut Sebabkan Motosikal Dinaiki 1 Keluarga Kemalangan [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/naimazharrrr/status/1439180535167741954

Tabiat menukar lorong secara tiba-tiba tanpa menggunakan signal merupakan salah satu punca penyebab kemalangan di negara kita.

Terbaru tular di media sosial satu ramakan dashcam memaparkan sebuah kereta Proton Wira melakukan tindakan sedemikian hingga menyebabkan sebuah motosikal kemalangan apabila merempuh sebuah SUV yang berada dihadapannya difahamkan di Lebuhraya Sultan Iskandar menuju ke Jalan Tun Razak.

Menerusi video tersebut, Proton Wira berkenaan yang berada di laluan tengah sebuah lebuhraya tiba-tiba menukar haluannya ke lorong perlahan. Tindakannya menyebabkan sebuah SUV dari model Mazda yang berada di haluan tersebut terpaksa membrek secara mengejut dari mengelakkan perlanggaran.

Keadaan tersebut menyebabkan penunggang motosikal yang berada rapat di belakang Mazda tersebut gagal berhenti lalu merempuh belakang kenderaan itu.

Impak dari perlanggaran tersebut menyebabkan motosikal yang dinaiki satu keluarga termasuk seorang anak kecil itu terjatuh di atas jalanraya.

Usaha pemilik dashcam untuk mendapatkan no plat tersebut bagaimanapun gagal kerana rakaman kereta berkenaan tidak berapa jelas.

Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian orang ramai yang geram dengan tindakan tindakan tidak bertanggungjawab kereta Wira tersebut.

Malah ramai juga yang berang kerana mereka langsung tidak berhenti sebaliknya memecut laju selepas kemalangan itu berlaku.

Orang ramai bagaimanapun berterima kasih kepada pemandu dan penumpang kereta Mazda tersebut apabila mereka dilihat lebih mengutamakan keselamatan keluarga yang menaiki motosikal berkenaan berbanding fokus pada kereta mereka yang kemek terlebih dahulu.

Kami doakan keluarga motoikal tersebut cepat pulih. Semoga insiden ini menjadi iktibar buat pemandu di Jalanraya baik dikalangan pemandu kereata mahupun penunggang motosikal.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.