fbpx
Now Reading
‘Tak Vaksin, Tak Boleh Kerja’ – New Zealand Perkenal Dasar Polisi Baru Demi Tangani Covid-19

‘Tak Vaksin, Tak Boleh Kerja’ – New Zealand Perkenal Dasar Polisi Baru Demi Tangani Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tiada vaksin, tiada kerja, itulah langkah drastik yang diperkenalkan kerajaan New Zealand kepada ratusan ribu kakitangan kerajaan dari sektor pendidikan dan kesihatan merangkumi guru, ahli farmasi dan jururawat dalam menangani wabak Covid-19 di negara tersebut.

Menurut Chris Hipkins yang merupakan Menteri Tindak Balas Covid-19 dan juga Menteri Pendidikan, keputusan tersebut diambil memandangkan mereka tidak lagi boleh berserah pada nasib memandangkan sudah ada cara untuk mengurangkan kesan ancaman Covid-19.

“Itulah sebabnya kita mewajibkan suntikan vaksin Covid-19, bermula dengan golongan tertentu.

“Ini bukan keputusan yang mudah tetapi kami memerlukan orang-orang yang bekerja dengan masyarakat yang rentan yang belum diberi vaksin untuk mengambil langkah tambahan ini.

“Pengecualian mungkin diberikan dalam beberapa situasi” katanya.

Menerusi laporan  New Zealand Herald, kerajaan memberikan tarikh akhir 1 Disember untuk kakitangan yang mempunyai masalah kesihatan dan kecacatan berisiko tinggi manakala 1 Januari 2022 untuk kakitangan sektor pendidikan  yang akan bersemuka dengan pelajar.

New Zealand sebelum ini mendapat pujian seluruh dunia ekoran kejayaan mereka melandaikan kes disana hingga merekodkan sifar jangkitan untuk satu tempoh yang lama.

Namun mereka mula terkesan ekoran dari kemunculan varian Delta sejak Ogos lalu yang dikesan di Auckland, dan mula tersebar di seluruh Northland dan Waikato.

Perkara tersebut turut diakui Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang menjelaskan darian Delta yang mempunyai kadar penularan lebih tinggi membuktikan bahawa ia sukar dihapuskan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.