fbpx
Now Reading
Bakal Dilancar Tak Lama Lagi, Honda Malaysia Kongsi Video Teaser City Hatchback

Bakal Dilancar Tak Lama Lagi, Honda Malaysia Kongsi Video Teaser City Hatchback

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat sekitar hujung minggu lalu, tular di media sosial beberapa foto memperlihatkan beberapa petugas sebuah kilang Honda bergambar dengan sebuah kereta Honda Jazz yang merupakan unit terakhir yang hasilkan mereka.

Walapun tiada maklumat lanjut mengenai foto berkenaan sama ada ianya di Malaysia atau di Thailand, portal PaulTan melaporkan ianya dirakam di kilang Honda di Pegoh, Alor Gajah Melaka.

Baca artikel berkaitan : Hampir 20 Tahun Di Pasaran, Honda Tamatkan Pengeluaran Jazz Di Malaysia?

 Dengan penularan foto tersebut ramai mula meramalkan Honda City Hatchback yang sudah diperkenalkan di Thailand pada tahun lalu mungkin bakal menggantikan penjualan Jazz bagi pasaran tempatan memandangkan Jazz generasi keempat yang sedikit feminin tidak dibawa masuk ke Malaysia dan negara Asia Tenggara lain kecuali Singapura.

Siapa sangka tidak sampai seminggu, Honda Malaysia sebentar tadi telah berkongsi video teaser Honda City Hatchback.

Ianya sekaligus mengesahkan bahawa model tersebut bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

“Move aside. Y? Because. This. Is. It..”

Mempunyai reka bentuk dan rupa yang sama seperi Honda City baharu, model ini bagaimanapun lebih kelihatan sporty!

Kami menjangkakan City Hatchback akan ditawarkan dalam beberapa seperti varian S, E, V dan RS e:HEV sebagai model tertinggi sama seperti City sedan.

Meskipun tiada info lanjut mengenai spesifikasi, besar kemungkini model ini akan dijana oleh 1.5L DOHC i-VTEC bersama Multi-Mode Drive (i-MMD) dan sistem hibrid dua motor.

Apa-apa pun sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari Honda

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.