Tular Honda Civic Diarah Undur Ke Belakang Selepas Cucuk Rapat, Didakwa Cuba Elak Bayar Tol [Video]
Tindakan Pemandu Civic itu menyebabkan pemandu kenderaan di hadapan memberhentikan kenderaannya dan mengarahkan agar dia berundur semula ke belakang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan, sehingga kini masih ada pemandu-pemandu yang tidak bertanggungjawab cuba mengelak daripada membayar caj tol yang dikenakan di atas lebuh raya.
Sikap sedemikian mendapat kecaman ramai kerana ia dilihat sebagai sesuatu tindakan yang mementingkan diri serta tidak adil terhadap pengguna lebuh raya yang lain.
Modus operandi yang digunakan oleh golongan sebegini kebiasaannya akan mencucuk kenderaan lain dihadapan secara rapat agar palang tol tidak tertutup semasa mereka melaluinya tanpa perlu dikenakan caj.
Tular Honda Civic follow rapat kereta di hadapan semasa di plaza tol
Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah kenderaan cuba mengikuti rapat kereta di hadapan semasa berada di plaza tol sebuah lebuh raya.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @jackcustom1, kelihatan kereta itu merupakan jenis Honda Civic (Civic Ketam) berwarna putih.
Pemandu di hadapan perasan, sempat berhenti dan arah undur ke belakang
Bagaimanapun, tindakan pemandu Civic berkenaan berjaya dikesan oleh seorang lelaki dipercayai pemandu kenderaan di hadapan yang juga pemilik video.
Susulan itu, lelaki terbabit bertindak memberhentikan kenderaannya dan mengarahkan agar pemandu Civic itu mengundurkan kereta.
Pemandu Civic itu akhirnya akur dengan mengundurkan kenderaannya agar palang dapat ditutup sebelum dia melepasinya.
Menerusi ruangan kapsyen, pemilik video mendakwa tindakan itu dilakukan oleh pemandu berkenaan kerana ingin mengelak daripada membayar tol. Malah kebanyakan netizen yang menonton video tular itu juga memberi pendapat yang sama.
“Nak free (percuma) je dia (pemandu Civic) ni,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Netizen pakat kecam pemandu Civic
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pemandu Civic itu kerana dipercayai cuba mengelak daripada membayar tol.
Tidak hanya itu, ramai juga yang mempersoal mengapa tindakan sedemikian kebanyakannya dilakukan oleh pemandu Honda memangdangkan sebelum ini banyak tular video-video membabitkan pemilik kenderaan dari Jepun itu.
Baca Artikel Berkaitan: Gambar Pemuda Jazz Merah Di Meme Kan, Netizen Jadikan Bahan Hiburan
Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Cuba Elak Bayar Tol Tau!” – Pemandu Diarah Bayar RM256 Selepas ‘Kantoi’ Tak Bayar Tol 59 Kali
Baca Artikel Berkaitan: