Now Reading
Gambar Pemuda Jazz Merah Di Meme Kan, Netizen Jadikan Bahan Hiburan

Gambar Pemuda Jazz Merah Di Meme Kan, Netizen Jadikan Bahan Hiburan

Rasanya semua orang tahu kes Honda Jazz merah yang terlanggar kereta milik pelumba rally dan gymkhanna negara, Shazmie Ilias dalam cubaan mengelak dari membayar tol yang sedang viral di media sosial kan?

Kehebatan netizen Malaysia bukan sahaja dapat menjejaki pemilik kereta Jazz berkenaan, malah segala info miliknya juga berjaya dikesan sehingga difahamkan pemandu berkenaan menutup akaun fb miliknya.

Hebat kan??

Namun Shazmie kemudian menyatakan pemandu kereta berkenaan telah menghubunginya untuk berjumpa dan memohon maaf.

Kisah ini tidak berhenti disitu sahaja, penggemar industri permotoran turut mengecam tindakan pemandu Jazz berkenaan, namun apa yang menarik perhatian apabila pemilik facebook Malaysian Modders bertindak mengedit gambar pemilik jazz berkenaan dan dijadikan sebagai bahan ‘meme’

Nak tahu lebih lanjut?

Mereka memotong dan menggunakan gambar bahagian kepala pemandu kereta berkenaan sebelum di tampal ke atas badan watak utama Fast & Furios , Dominic Toretto.

Ops! Haha

Percaya atau tidak, perkongsian ‘meme’ tersebut menjadi viral di kalangan pengguna Facebook malah rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian berkenaan.

Gambar-gambar lainnya :

Ala Langar bumper sikit pun berkira

Kenapa perlu membazir duit ,Follow rapat kan dapa tol free

Walet tertingal, sebab tu mencelah

Aku abang Honda, Ramai gadis minat abang

Ops ni tak boleh tulis! Haha

Jujurnya, bukan sesuatu yang patut dibanggakan, namun perkongsian ini telah mendapat 2000 perkongsian, 2000 tanda suka dan 1,200 komen mengenainya. Phew! Kuasa netizen.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.