fbpx
Now Reading
‘1st Time Jumpa Tol?’ – Video Penunggang Motosikal Gigih Nak Bayar Tol Raih Perhatian Netizen

‘1st Time Jumpa Tol?’ – Video Penunggang Motosikal Gigih Nak Bayar Tol Raih Perhatian Netizen

Menerusi video itu, pembonceng yang dipercayai seorang wanita berkali-kali dilihat cuba mengimbas kad TnG untuk melepasi palang berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu penunggang motosikal menyelit masuk di laluan tol yang dikhaskan untuk kenderaan beroda empat bukan satu lagi perkara baru di negara kita.

Bukan sahaja tidak bertanggungjawab, perbuatan ini juga sebenarnya boleh mengakibatkan kerugian kepada orang lain seperti kejadian sebelum ini di mana sebuah kereta yang dihempap palang tol selepas sebuah motosikal menyelit di hadapannya pada tahun lalu.

Namun keadaan dilihat sedikit berbeza buat seorang penunggang dan pembonceng motosikal yang tular apabila mereka dilihat cuba membayar tol selepas menggunakan laluan Touch ‘n Go (TnG) di sebuah plaza tol.

Dimuat naik @ann8Nadzri di TikTok, video tersebut nyata mencuri perhatian orang ramai memandangkan undang-undang jalan raya di Malaysia menetapkan tiada kutipan tol yang dikenakan kepada pengguna jalan raya yang menggunakan kenderaan dua roda.

“Pelik-pelik je korang ni”

@ann8nadzri yg pelik2 je korang ni…hahaha#fypシツ♡ #🤣🤣🤣 #welcome2022goodbye2021 ♬ bunyi asal – Din nenas

Jelas di dalam video itu, pembonceng yang dipercayai seorang wanita berkali-kali cuba mengimbas kad TnG untuk melepasi palang berkenaan.

Mungkin menyedari situasi mereka, staf yang sedang bertugas di kaunter kemudiannya meminta mereka untuk menggunakan laluan kecil yang terdapat di penghujung palang.

Perkongsian yang hampir mencecah 2 juta tontonan itu kemudian mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen.

Ada yang menganggapnya satu bentuk hiburan dan ada juga segelintir yang bersimpati dan merasakan itu mungkin pengalaman pertama mereka menggunakan laluan bertol dengan motosikal.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.