fbpx
Now Reading
Aksi Sekumpulan Rider Dipercayai Rempuh Palang Tol Hingga Patah Bikin Netizen ‘Panas Hati’ [Video]

Aksi Sekumpulan Rider Dipercayai Rempuh Palang Tol Hingga Patah Bikin Netizen ‘Panas Hati’ [Video]

Dianggarkan sembilan orang penunggang motosikal yang melalui lorong Smart Tag tersebut pada satu masa sebelum bertindak merempuh palang tol sehingga patah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dalam jutaan pengguna jalan raya di Malaysia, pasti akan ada yang bersikap tidak bertanggungjawab dengan melakukan perkara tidak yang melanggar peraturan.

Meskipun terdapat hukuman yang akan diberikan kepada mereka yang melanggar undang-undang jalan raya, tetapi ia dilihat tidak membuatkan mereka berasa takut.

Sudah banyak kes jalan raya yang sering berlaku seperti buli jalanan, culas membayar tol dan mengekori rapat sesebuah kereta (tailgate).

Baca Artikel Berkaitan: “Perbuatan Buli Jalanan Adalah Jenayah” – PDRM

Baca Artikel Berkaitan: “Road Bully To The Max!” – Pemandu Lori Berlagak Samseng, Buli Myvi Di NKVE Sudah Ditahan Polis


Sekumpulan Rider Motosikal Didakwa Patahkan Palang Tol

Baru-baru ini, tular sebuah video selepas dimuat naik di laman Facebook (Rafi Superbike) yang menunjukkan situasi kurang menyenangkan berlaku di sebuah plaza tol.

Kejadian yang berlaku pada 30 Mac lalu itu sempat dirakam oleh seorang pemandu kereta menerusi kamera dashcam dan memperlihatkan beberapa penunggang motosikal dalam anggaran sembilan orang bergerak menuju ke lorong Smart Tag.

Ketika tiba di lorong tersebut, laluan mereka dipercayai dihalang oleh sebuah palang tol yang memerlukan pengguna menggunakan Smart Tag untuk melepasinya.

Sumber: Facebook Rafi Superbike

Namun secara tiba-tiba, kesemua daripada mereka didakwa bergerak keluar dengan cara merempuh palang tol berkenaan sehingga patah dan rosak.

Papan tanda digital terbabit juga menunjukkan ‘Tiada Smart Tag’ ketika sekumpulan motosikal itu keluar dari tol.

Sumber: Facebook Rafi Superbike

Berdasarkan pemerhatian kami, aksi melibatkan penunggang motosikal ini bukan sahaja berlaku di satu laluan tol sahaja. Malah, terdapat beberapa rider yang lain turut menggunakan laluan tol untuk kegunaan kereta.

Untuk menonton video penuh, boleh klik [DI SINI].


Netizen Bengang Lihat Aksi Sekumpulan Motosikal Itu Yang Merempuh Tol

Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya berasa bengang melihat aksi sekumpulan penunggang motosikal tidak bertanggungjawab itu.

Mana tidaknya, sampai rosak palang tol itu dikerjakan oleh mereka.

“Kenapa lah pergi rosakkan palang tu. Kalau palang tu boleh kejar mereka mungkin dah kena bebal sorang-sorang dengan palang tu,” ujar netizen.

Malah, ada juga netizen yang kesal melihat tindakan berkenaan kerana berpendapat perbuatan mereka itu akan mengakibatkan lebih banyak operasi dilakukan oleh pihak polis.

“Kerana korang langgar tiang tol tu habis semua mana yang pakai motor tu polis buat operasi nanti,” kata netizen.

Seorang netizen pula sempat menyindir mereka supaya tidak perlu memakai topi keledar keselamatan kerana melakukan perbuatan yang tidak masuk akal.

“Tak payahlah pakai helmet, Jimat, kan tak ada otak,” kata netizen.

Sumber: Facebook Rafi Superbike

Perbuatan mereka ini boleh dikenakan hukuman undang-undang Kanun Keseksaan (Akta 574) Seksyen 425 kerana perbuatan khianat.

Individu dengan niat mahu menyebabkan kerugian kepada orang awam dan mengakibatkan kebinasaan harta benda, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara tiga bulan, denda atau kedua-duanya sekali.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemandu Patahkan Palang Tol Di Sunway Sebab Kad Touch ‘n Go Tak Cukup Baki

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Penunggang Motosikal Tersekat Di Laluan Tol Buat Netizen Bengang

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Proton X50 Ditahan Ketika Operasi, ‘Kantoi’ Tak Bayar Tol RM57.50

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.