fbpx

Tol Percuma Khas Sempena Deepavali Pada Sabtu & Ahad Ini

Pengecualian tol bakal diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Khusus buat pengguna lebuh raya, kerajaan hari ini (10 November) mengumumkan tol percuma selama dua hari bermula esok (11 November) sempena perayaan Deepavali.

Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanti Linggi, pelaksanaan tol secara percuma itu akan bermula pada 12.01 tengah malam ini (Sabtu) sehingga Ahad, 12 November iaitu jam 11.59 malam.

Untuk makluman semua, pengecualian tol bakal diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

“Inisiatif ini dilaksanakan bagi meraikan semua rakyat Malaysia, terutama masyarakat India beragama Hindu yang menyambut perayaan Deepavali.

“Ini juga selari dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat yang merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan,” kata beliau.


2 Hari Yang Ditetapkan Bertujuan Untuk Elakkan Kesesakan Trafik

Pemilihan tarikh yang ditetapkan bertujuan mengelakkan kesesakan trafik yang berkemungkinan berlaku ketika dalam perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke bandar.

Bukan itu sahaja, ia juga dapat mengoptimumkan pengoperasian dan penyelarasan logistik tambahan di sepanjang lebuh raya di mana dianggarkan akan terdapat 11.8 juta kenderaan dalam masa dua hari tersebut.

“Dengan pelaksanaan tol percuma ini, diharapkan pengguna lebuh raya dapat memanfaatkan peluang, selain merancang perjalanan dengan sebaiknya.

“Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan untuk mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) yang disyorkan,” jelasnya.

Sumber: Malay Mail

PLUS Aktifkan ‘Smartlane’ Untuk Elak Kesesakan Trafik

Menerusi hantaran dimuat naik oleh PLUS Malaysia di laman Facebook, pengendali lebuh raya itu telah mengaktifkan ‘Smartlane’ di laluan Persimpangan Senai Utara ke Persimpangan Kulai (arah utara).

‘Smartlane’ tersebut telah bermula sejak 9 November lalu hingga 13 November akan datang dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

Kemudahan tersebut merupakan inisiatif PLUS bersama Lembaga Lebuhraya Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menambah kapasiti lorong sedia ada dan melancarkan trafik ketika musim percutian.

Namun menurut PLUS, ‘Smartlane’ hanya akan dilaksanakan bergantung kepada keadaan trafik semasa.

Sumber: Facebook PLUS Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Caj Tol Bakal Dikenakan Ketika Kunjungi Genting Highlands? Ini Respon Kerajaan Pahang

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.