fbpx
Now Reading
Tak Nak Bayar Tol Punya Pasal, Kereta Honda Nekad ‘Reverse’ & Cucuk Belakang Kereta Lain [Video]

Tak Nak Bayar Tol Punya Pasal, Kereta Honda Nekad ‘Reverse’ & Cucuk Belakang Kereta Lain [Video]

Difahamkan, tindakan itu dilakukan oleh pemandu terbabit kerana tidak mahu palang tol tersebut tertutup agar tiada sebarang cas tol dikenakan terhadapnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.buzzkini.com/trending/2022/02/08/perbuatan-lari-bayar-tol-akan-jadi-kesalahan-jenayah-tidak-lama-lagi/

Isu kenderaan yang mengelak dari membayar tol dengan teknik mengikut rapat kereta di hadapanya bukanlah sesuatu yang baru lagi.

Kebelakangan ini ia semakin tular di media sosial kerana kemajuan sistem kamera ‘dashcam’ yang semakin ramai mula mengambil berat untuk memasangnya di kenderaan masing-masing.

Hal ini susulan tular satu rakaman ‘dashcam’ yang menunjukan aksi pemandu kereta yang mengikuti rapat belakang kereta lain hanya kerana tidak mahu membayar cas tol yang dikenakan.

Honda Civic bertindak undur kebelakang

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @nhm0312, kelihatan jelas kereta jenis Honda Civic sedang berundur kebelakang ketika berada di hadapan palang tol.

Pemandu Honda taknak bayar tol

“Naik Honda tapi tol taknak bayar,” tulisnya di kapsyen.

Tindakan pemandu Honda itu menyebabkan wanita terbabit yang berada di belakangnya terpaksa berundur juga bagi memberi ruang.

Foto: TikTok/nhm0312

Pada awalnya wanita itu bersama temannya menyangka pemandu terbabit salah memasuki Lorong ‘Touch n Go’ dan mungkin ingin menggunakan RFID.

Ikut rapat agar palang tol tidak tertutup

Namun setelah kenderaan yang dipandunya kembali memasuki lorong yang sama, pemandu Honda tersebut bertindak mengikut rapat di bahagian belakang kereta wanita itu.

Difahamkan, tindakan itu dilakukan oleh pemandu terbabit kerana tidak mahu palang tol tersebut tertutup agar tiada sebarang cas tol dikenakan terhadapnya.

“Mungkin duit dah habis bayar bulanan” – Netizen

Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial, ada yang secara sinis mengatakan bahawa pemandu tersebut sudah kehabisan duit kerana membayar ansuran bulanan.

Dalam masa sama, ada juga yang bersangka baik bahawa pemandu tersebut terlupa untuk menambah nilai kadnya atau mungkin lupa membawa kad ‘Touch n Go’.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.