fbpx
Now Reading
Jualan 11.11 Kembali Lebih Hebat, Lazada Tawar Ganjaran Lebih RM2 Juta Termasuk 3 Nissan Almera Turbo

Jualan 11.11 Kembali Lebih Hebat, Lazada Tawar Ganjaran Lebih RM2 Juta Termasuk 3 Nissan Almera Turbo

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sedar tak sedar, kita sudah pun menghampiri penghujung Oktober, ini bermakna tingga kurang dua minggu sahaja lagi sebelum ketibaan pesta beli-belah tahunan Lazada yang terkenal dan dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia, 11.11 Biggest One-Day Sale.

Namun 11.11 tahun ini akan kembali dengan lebih besar pada 11 November ini dengan tawaran ganjaran yang hebat bernilai lebih RM2,000,000 serta peluang memenangi tiga kereta Nissan Almera Turbo serba baharu.

Sempena 11.11 para pembeli online akan menikmati harga Mesti Beli terendah di pasaran, sambil mengumpulkan Lazada Bonus dan baucar Penghantaran Percuma tertinggi, serta memenangi pelbagai ganjaran lumayan.

Menurut Ketua Pertumbuhan Pengguna Lazada Malaysia, Rick Ting para pembeli akan menikmati pelbagai promosi dan ganjaran menarik dengan tawaran Jaminan Harga Terendah dan ciri-ciri Shoppertainment yang membahagiakan.

“Kami berharap aktiviti yang disediakan, terutamanya Super Show Lazada 11.11, akan menyemarakkan semangat rakyat Malaysia,” kata Rick Ting.

Lazzie Hunt: Cari Lazzie, Lengkapi Misi, dan Beli Sekarang

Menjelang 11.11 Biggest One-Day Sale Lazada, kenderaan penghantaran Lazada Logistics akan memaparkan maskot Lazzie dan juga lima kod QR unik. Setiap kod QR memberikan akses kepada baucar dan ganjaran eksklusif Lazzie Hunt berjumlah lebih RM2,000,000, termasuk tiga kereta Nissan Almera Turbo serba baharu untuk pengguna yang menemui dan mengimbas kelima-lima kod QR.*

Jaminan Harga Terendah: Tawaran Mesti Beli

Ditawarkan sekali setahun, Jaminan Harga Terendah dengan pulangan wang 11 kali ganda daripada Lazada kini kembali. Para pelanggan boleh membeli-belah dengan yakin kerana tawaran Mesti Beli 11.11 pasti lebih murah daripada harga di seluruh pasaran dan disokong dengan Jaminan Harga Terendah Lazada, di mana perbezaan harga 11 kali ganda akan dipulangkan kepada pelanggan jika mereka menemui harga lebih rendah.* Di samping itu, Mesti Beli Electronic Deals sempena Jualan 11.11 akan mengetengahkan tawaran eksklusive bagi pelancaran produk baharu, termasuk Samsung Galaxy M52, Huawei Nova 9, POCO X3 Pro 6, dan banyak lagi.

Lazada Bonus dan Penghantaran Percuma: Paling Banyak Ditawarkan

Seperti biasa juga acara 11.11 akan membawakan paling banyak Lazada Bonus dan Penghantaran Percuma yang pernah ditawarkan sepanjang tahun. Bermula hari ini hingga 11.11, pengguna Lazada boleh mengumpulkan berbilang baucar Penghantaran Percuma setiap hari dan juga mendapatkan diskaun Lazada Bonus bernilai sehingga RM400, yang memberi potongan RM10 bagi setiap perbelanjaan RM100 pada 11 November yang boleh digunakan bersama baucar dan tawaran lain.*

Crazy Brand Mega Offers dan Crazy Flash Sale: Tawaran Eksklusif Tempoh Terhad

Jualan 11.11 akan mencapai kemuncaknya pada 11 November dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi, apabila rakan-rakan jenama di LazMall yang dijamin tulen akan melancarkan tawaran eksklusif Crazy Brand Mega Offers untuk tempoh terhad dengan diskaun sehingga 70%. Peminat jenama boleh mendapatkan tawaran terbaik daripada jenama rasmi kegemaran mereka, seperti PUMA, Estée Lauder Companies, Philips, dan banyak lagi, yang hanya disediakan pada dua jam pertama Jualan 11.11 Lazada.

Anda digalakkan untuk menambah nilai Lazada Wallet masing-masing sebelum jualan bermula untuk memastikan pengalaman pembayaran yang pantas dan lancar.

Mereka yang menambah nilai sekurang-kurangnya RM50 ke dalam Lazada Wallet juga akan menikmati pulangan tunai terjamin.* Proses pembayaran lancar menerusi Lazada Wallet amat penting untuk pembeli yang ingin membeli produk-produk RM0.01 Crazy Flash Sale yang sangat terhad, yang selalu habis dijual dalam masa beberapa saat.

Chup Dulu: Pembeli Awal Terima Tawaran Lebih Baik

Korang mahukan penjimatan yang lebih semasa jualan 11.11? Gunakan Chup Dulu, iaitu ciri pratempahan dalam aplikasi Lazada. Pelanggan boleh membuat pesanan awal daripada jenama LazMall terkenal seperti tawaran eksklusif daripada Coach, Lancôme, Nespresso, Enfagrow, LEGO, dan banyak lagi dengan membayar deposit 10% mulai sekarang hingga 10 November.

Pada 11 November dari jam 2 pagi, pembeli boleh membayar tawaran Chup Dulu dengan mudah.

Dan yang paling menarik, menjelang 11/11 Lazada akan menganjurkan Super Show Lazada 11.11 dari jam 9 malam hingga 11 malam menerusi saluran penstriman langsung dalam aplikasinya, LazLive, dan juga menerusi saluran TV3.

Acara ini akan menyiarkan persembahan oleh Duta Kebahagiaan Lazada, bintang-bintang terkenal K-pop SEVENTEEN dan juga selebriti tempatan popular, termasuk Nora Danish, Dayang Nurfaizah, Sarah Suhairi, Sissy Imann, dan juga Chief Discount Officer Lazada sendiri, Ain Edruce. Baucar eksklusif bernilai lebih RM40,000 akan dihadiahkan sepanjang siaran langsung di mana pelanggan boleh mendapatkan penjimatan lebih besar di pesta beli-belah yang bakal diadakan.*

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.