fbpx
Now Reading
Prudential Jalin Usahasama Bersama Pandai, Tawar Akses Kurikulum Celik Kewangan

Prudential Jalin Usahasama Bersama Pandai, Tawar Akses Kurikulum Celik Kewangan

Usahasama di antara Prudential Assurance Malaysia Berhad dan Pandai Education ini akan memberi akses kurikulum celik kewangan kepada 625,000 pelajar Malaysia melalui Aplikasi Pandai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejajar dengan wawasan untuk membina daya tahan kewangan di kalangan kanak-kanak di Malaysia, Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) telah menjalinkan usahasama dengan pembangun aplikasi pembelajaran, Pandai iaitu Pandai Education Sdn Bhd.

Usahasama ini menawarkan akses kurikulum celik kewangan Cha-Ching melalui Aplikasi Pandai dan portal web kepada kanak-kanak sekolah rendah Malaysia bagi memperkasakan pengetahuan mereka tentang celik kewangan.

Apa itu Ca-Ching?

Cha-Ching adalah program pendidikan kewangan untuk kanak-kanak yang direka dan dibangunkan oleh Yayasan Prudence, iaitu entiti pelaburan komuniti Prudential plc, dan diuruskan oleh PAMB di Malaysia.

Program celik kewangan yang memenangi anugerah ini bermatlamat untuk mendidik kanak-kanak tentang asas pengurusan wang dan menyemaikan kemahiran bijak kewangan.

Secara ringkasnyam Pandai adalah aplikasi pembelajaran dalam talian yang membantu pelajar-pelajar sekolah yang berumur di antara 7 hingga 17 tahun belajar dan mencapai gred yang lebih baik melalui pembelajaran ala permainan dan menepati piawaian kurikulum pendidikan Malaysia.

Kandungan yang dihasilkannya juga diendors oleh organisasi pendidikan seperti Education Alliance Finland (EAF) dan MIT D-Lab.

Usahasama ini akan bantu 625,000 pelajar berdaftar akses pembelajaran Cha-Ching

Usahasama dengan Pandai Education ini akan membolehkan lebih 625,000 pelajar Malaysia yang berdaftar dengan platform Pandai mendapat akses percuma kepada 6 rancangan pembelajaran Cha-Ching, yang mengkhususkan tentang asas pengurusan wang. Setiap pembelajaran merangkumi video muzik dan aktiviti tentang dapat, simpan, beli dan derma serta kuiz untuk pelajar menguji pengetahuan yang telah mereka perolehi.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengedaran Perkongsian PAMB, Eric Wong, salah satu usaha teras di Prudential ialah untuk melengkapkan keluarga dan kanak-kanak Malaysia dengan ilmu pengetahuan, keyakinan dan kesedaran yang akan membantu mereka membuat pilihan kewangan yang bermaklumat dalam kehidupan.

“Usahasama dengan Pandai Education akan memberi akses kepada lebih ramai pelajar tentang kemahiran hidup yang amat penting seterusnya mempengaruhi keupayaan dan menjalani gaya hidup mampan pada masa hadapan.”

Pengarah Eksekutif Yayasan Prudence, Marc Fancy pula memaklumkan Yayasan Prudence komited untuk membentuk masa depan yang lebih baik untuk komuniti di Malaysia.

“Selama lebih satu dekad, melalui program Cha-Ching kami telah berkongsi kemahiran, ilmu pengetahuan dan nilai tentang pengurusan kewangan kepada kanak-kanak yang akan membantu mereka menghadapi masa depan yang lebih terjamin dari segi kewangan.

“Kami percaya bahawa melalui usahasama seperti ini, kami dapat memberi sumbangan dan memastikan masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang seterusnya menyokong Matlamat Pembangunan Lestari Bangsa-Bangsa Bersatu.”

Ketua Pegawai Operasi (CEO) Pandai, Suhaimi Ramly pula berkata aplikasi Pandai ibina dengan hasrat untuk menggalakkan pembelajaran dengan tumpuan kepada pembangunan akademik pelajar.

“Usahasama dengan PAMB ini merupakan usaha kami yang pertama dalam mengembangkan kandungan pembelajaran di luar bilik darjah dan memberi pelajar-pelajar di Malaysia akses kepada kemahiran hidup yang perlu dan amat berguna kepada mereka sehingga dewasa.

Sejak tahun 2016, PAMB telah berjaya menjalankan kurikulum Cha-Ching kepada kira-kira 151,865 pelajar di 1,031 sekolah di 7 negeri. Integrasi digital dalam Aplikasi Pandai ini akan membolehkan kami terus berhubung dengan pelajar di seluruh Malaysia melalui pengalaman pembelajaran yang lebih menarik dan berinteraksi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.