fbpx
Now Reading
Ustaz Don Kongsi Amal Ibadah & Ganjarannya Di Hari Arafah [Video]

Ustaz Don Kongsi Amal Ibadah & Ganjarannya Di Hari Arafah [Video]

Antara ganjaran yang diberikan oleh Allah SWT ketika Hari Arafah adalah pengampunan dosa masa lalu dan akan datang selama dua tahun bagi mereka yang berpuasa pada 9 Zulhijjah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui tinggal sehari sahaja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha.

Ini bermakna hari ini (28 Jun) merupakan hari istimewa iaitu Hari Arafah yang jatuh pada 9 Zulhijjah.

Ketika Hari Arafah, kesemua jemaah haji akan melakukan wukuf di Padang Arafah di mana ia adalah salah satu syarat sah untuk ibadah haji.

Malah ketika hari istimewa ini, pintu langit turut dibuka seluas-luasnya dan Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa hambanya.

Namun usah bimbang meskipun anda tidak melakukan ibadah haji, sebagai umat Islam kita masih dapat merasakan kenikmatan Hari Arafah dengan beberapa amalan ibadah.

Ustaz Don kongsi 3 perkara boleh dilakukan serta ganjaran semasa Hari Arafah

Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid telah berkongsi satu video yang dimuat naik di TikTok mengenai amalan dan ganjaran yang boleh diperolehi jika dilakukan pada Hari Arafah.

Menurut Ustaz Don pertamanya bagi mereka yang berpuasa, Allah SWT akan mengampunkan dosa masa lalu termasuklah yang akan datang.

“Jadi dua tahun diampunkan dosa, saya nak mohon maaf mungkin ada dalam video-video sebelum ini yang viral berkaitan saya ada bagitahu tentang amal ibadah di Arafah tu mungkin ada tersalah berkaitan seperti puasa dua tahun.

“Saya minta maaf sebab yang paling betul adalah mendapat pengampunan selama dua tahun,” katanya.

Beribadah pada malam 8 Zulhijjah hingga 9 Zulhijjah seperti malam Lailatul Qadar

Yang kedua bermula pada malam 8 Zulhijjah (27 Jun) hingga malam 9 Zulhijjah umat Islam yang beribadah kepada Allah SWT menyamai seperti malam Lailatul Qadar yang hanya terdapat pada bulan Ramadan.

Selain itu, umat Islam pada pagi selepas solat subuh pada Hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah boleh melakukan takbir Muqayyad iaitu putus-putus.

“Ini bermakna selepas solat subuh takbir raya, lepas sembahyang zohor takbir raya, lepas sembahyang asar takbir raya, dan selepas sembahyang maghrib ia boleh dilajak takbir raya tidak berhenti sehingga sembahyang raya keesokan harinya.”

Ustaz Don dalam masa sama turut memberi peringatan kepada orang ramai agar melafaz takbir dengan betul.

Selain itu, anda juga digalakkan untuk berzikir, bersedekah dan juga membaca al-Quran.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.