fbpx
Now Reading
“Dia Ghuluw, Over” – Ustaz Don Sifatkan Ada Segelintir Pihak Memboikot Secara Ekstrim [Video]

“Dia Ghuluw, Over” – Ustaz Don Sifatkan Ada Segelintir Pihak Memboikot Secara Ekstrim [Video]

Menurut Ustaz Don, tindakan boikot ini telah ada sejak zaman Nabi SAW namun ia perlu dilakukan mengikut garis panduan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui di saat ini, hampir seluruh dunia berasa sedih dan simpati dengan nasib menimpa rakyat Palestin disebabkan pengeboman tanpa henti dari rejim Israel.

Ini kerana, peperangan tersebut telah menyebabkan lebih 10 ribu nyawa individu tidak bersalah mati termasuklah bayi dan kanak-kanak.

Oleh itu, ketika ini ramai yang menunjukkan solidari kepada rakyat Palestin apabila tampil memboikot beberapa barangan yang menyokong atau berkaitan dengan Israel.

Meskipun boikot barangan atau produk berkaitan Israel ini merupakan satu perkara yang baik namun tindakan yang terlalu ekstrim atau ghuluw oleh segelintir pihak boleh menyebabkan pergaduhan sesama insan.

Ini boleh dilihat apabila ada sudah mula bertindak memerli, menghina atau meminta individu lain untuk memboikot sama seperti yang dilakukan oleh mereka.

Ustaz Don ulas mengenai tindakan segelintir individu memboikot secara ghuluw

Malah perkara ini juga turut diulas oleh pendakwah bebas terkenal iaitu Ustaz Don Daniyal menerusi satu video.

Menerusi video tersebut Ustaz Don menyatakan Nabi SAW tidak suka umatnya untuk terlalu berlebihan.

“Nabi tak suka kita over (berlebihan), jangan. Hari ni level kita ni dah sampai level ghuluw, dah sampai level yang kira siapa yang tak pakai mafla ni semua tak sokong Palestin.

“Haa jangan macam tu. Siapa yang kerja dekat McDonald’s semua apa ni, ha sampai begitu. Mana boleh. Kita zalim dengan kawan-kawan kita sesama Islam,” ujarnya dalam video tersebut.

Boikot wujud dari zaman Rasulullah namun ada garis panduan

Menurutnya boikot sememangnya ada di dalam sunnah Rasulullah SAW, namun baginda meletakkan garis panduan.

“Patut kalau kita nak boikot kita beritahu, McDonald’s bulan ni kami boikot anda. Sebab apa? Kami nak bagi pengajaran kepada mereka, anda jangan risau bulan depan kami sokong awak balik.

“Anak-anak kami bayar zakat dengan duit anda,” katanya lagi.

Tindakan ekstrim segelintir pihak hingga ada yang merosakkan harta benda awam

Ustaz Don turut menyifatkan ada tindakan melampau yang dilakukan segelintir pihak, antaranya merosakkan harta benda awam seperti memecahkan meja, kerusi, selain menghina pekerja kedai makan segera apabila terlihat mereka.

Lebih teruk lagi apabila ada yang mengatakan mereka teringat darah rakyat Palestin semasa menikmati burger.

“Dia ghuluw, over. Tak boleh kena bagitahu, dan satu lagi kita semua cerita (tentang) boikot-boikot ni, yang saham kita cerita tu, kita tak boleh bukti pun duit tu pergi beli peluru.

“Yang terang-terang, tuan-tuan punya Instagram secara terang-terangan memberi sumbangan 3 juta, tuan-tuan punya Facebook bagi sumbangan 3 juta, tuan-tuan punya WhatsApp bagi sumbangan. Kenapa yang itu, tuan-tuan masih guna?

“Jadi boikot hari ini, boikot selective (memilih). Yang tuan-tuan search tentang Gaza, tak ada Google Map tuan-tuan tak sampai kenduri yang itu kenapa tak boikot?” soal ustaz Don lagi.

Jelasnya, perkara yang sebenar yang perlu dilakukan adalah mengajak orang ramai untuk mempertingkatkan ilmu mereka tentang Palestin dan Gaza.

“Kita tak nak orang kaitkan isu boikot ini sebagai alasan dia dah terlibat dah dengan mempertahankan Gaza dalam keadaan lain semua tipu,” katanya lagi.

Kongsi video daripada beberapa pendakwah mengenai boikot

Seorang individu di laman X (Twitter) yang dikenali sebagai Sajida, turut berkongsi video daripada pendakwah lain seperti Sheikh Assim, Ustaz Azhar Idrus dan lain-lain.

Ujar Sheikh Assim di zaman Nabi SAW, Baginda tidak meminta sahabat untuk berhenti daripada melakukan urusan jual beli kepada orang kafir yang berperang dengan orang Islam seperti Rom, Parsi dan sebagainya.

Malah terdapat video seorang pendakwah meminta agar mereka yang beragama Islam mempertingkatkan ibadah mereka kepada Allah dan mengenali Nabi SAW dengan lebih dekat.

Perkara ini secara tidak langsung, memberi kesedaran kepada semua agar tidak tersasar daripada maklumat sebenar dalam membantu perjuangan Palestin dengan cara memperkukuhkan lagi iman diri, jauhi dosa yang boleh menyebabkan umat menjadi lemah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.