fbpx
Now Reading
Ahli Perniagaan Sanggup Habiskan Lebih RM200k Untuk Miliki Pelitup Muka Emas

Ahli Perniagaan Sanggup Habiskan Lebih RM200k Untuk Miliki Pelitup Muka Emas

Kisahnya mula mencuri tumpuan selepas ahli perniagaan itu dilihat memperagakan pelitup muka berkenaan sewaktu perayaan Durga Puja di Kalkota.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Walaupun sudah lebih setahun berlaku, namun pandemik Covid-19 belum menampakkan tanda yang ianya akan berakhir.

Keadaan ini memaksa banyak negara meneruskan penguatkuasaan mewajibkan pemakaian pelitup muka termasuklah di India.

Mengambil peluang yang ada, banyak perusahaan mula menghasilkan pelitup muka dengan design yang lebih fancy demi menarik minat orang ramai untuk membeli produk mereka.

Foto : Pennlive

Namun bagi mereka yang menyasarkan golongan orang kaya pula, pastinya mereka mahu menghasilkan pelitup muka yang kelihatan mewah dengan dihiasi emas dan juga berlian.

Terbaharu, seorang usahawan di Bengal, India menjadi topik hangat di sana selepas dia dikahabarkan telah membeli pelitup muka yang diperbuat emas pada harga R.s 5.70 Lakhs atau bersamaan RM236,700.

Kisahnya mula mencuri tumpuan penduduk setempat selepas ahli perniagaan itu dilihat memperagakan pelitup muka berkenaan sewaktu perayaan Durga Puja di Kalkota.

Namun dia bertindak menanggalkannya selepas pelitup muka berkenaan mula menjadi perhatian orang ramai.

Tidak lama kemudiannya perkara tersebut mula tular di media sosial foto pelitup muka itu dimuat naik oleh seorang wartawan, Rituparna Chatterjee di akaun Twitter miliknya.

Apakah tujuannya?

Difahamkan, pelitup muka bertatah emas ini dihasilkan oleh seorang pembuat barangan kemas , Chandas Das yang agak terkenal di Bandar Budge.

Dia menghabiskan masa 15 hari dan menggunakan emas sebarat 108 gram untuk menyiapkan pelitup muka yang ditempah ahli perniagaan itu.

Menurut portal Anandabazar Patrika, usahawan tersebut menjelaskan yang dia memang seoang penggemar barangan kemas. Malah dia sentiasa memastikan akan memakai beberapa rantai emas di lehernya selain menyarung beberapa cincin di jarinya.

Sekitar Julai tahun lalu tular kisah hampir sama di mana seorang lelaki telah menghabiskan RM17,000 untuk memiliki pelitup muka yang disaluti emas.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.