fbpx
Now Reading
Ramai Kecam Pelaksanaan Kembali Caj RM1 Pengeluaran Antara Bank Di ATM

Ramai Kecam Pelaksanaan Kembali Caj RM1 Pengeluaran Antara Bank Di ATM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut menggesa kerajaan agar campur tangan bagi membatalkan keputusan berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini beberapa bank tempatan ada mengumumkan yang caj transaksi sebanyak RM1 akan dikenakan semula kepada pengguna yang membuat pengeluaran wang tunai di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) antara bank bermula dari 1 Februari 2022.

Baca artikel berkaitan : Caj Pengeluaran RM1 Antara Bank Di ATM Akan Kembali Pada Februari 2022

Mula diumumkan oleh Citibank dan KFH Malaysia sebelum disusuli oleh bank-bank lain seperti Maybank, CIMB Bank, Bank Islam Malaysia Bhd dan banyak lagi, pengumuman tersebut bagaimanapun tidak disenangi oleh orang ramai.

Menerusi Twitter, beberapa pengguna meluahkan rasa kecewa mereka dan merasakan keputusan ini hanya akan menyulitkan urusan orang ramai kerana ianya dilakukan secara drastik walhal negara ketika ini masih lagi dibelenggu pandemik.

Malah ramai merasakan caj RM 1 yang dikenakan juga terlalu tinggi khususnya kepada golongan B40.

Lebih mencuri perhatian orang ramai apabila tindakan bank-bank itu dilihat lebih mendahului kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) yang setakat ini belum membuat pengumuman rasmi berhubung pelaksanaan kembali caj pengeluaran interbank tersebut.

PPIM turut gesa kerajaan campur tangan

Menerusi laporan Kosmo, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut menggesa kerajaan agar campur tangan bagi membatalkan keputusan berkenaan.

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan yang popular dengan panggilan Toqqi, keadaan sebegini tidak sepatutnya berlaku dan ia akan memberikan kesan kepada pengguna khususnya penduduk di luar bandar.

Justeru beliau merasakan BNM perlu memainkan peranan dan menunjukkan implikasi terhadap caj yang dikenakan bagi memberi penjelasan kepada pengguna.

“Caj ini pasti akan membebankan pengguna terutama penduduk luar bandar. Mereka mungkin terpaksa berjalan jauh demi mencari mesin ATM yang sama.

“Sekalipun perlu caj, mengapa mesti RM1 bukannya 20 sen. Perkara ini sepatutnya dilakukan mengikut prosedur yang betul dengan mendapatkan persetujuan daripada pengguna,”

Ketua Aktivis PPIM, Toqqi

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.