fbpx
Now Reading
Jijik Siap Berulat! Kilang Proses Pes Otak Udang Ditutup 14 Hari, Dikompaun RM5,000 Kerana Kotor

Jijik Siap Berulat! Kilang Proses Pes Otak Udang Ditutup 14 Hari, Dikompaun RM5,000 Kerana Kotor

Premis itu sebelum ini pernah diserbu dan diarahkan tutup, namun pemeriksaan kali ini mendapati keadaannya masih sama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jijik dan begitu meloyakan! Itu yang dapat digambarkan mengenai sebuah kilang memproses pes otak udang di Pantai Acheh, Balik Pulau, Pulau Pinang yang beroperasi dalam persekitaran sangat kotor.

Keadaan yang menjijikkan itu dikesan sewaktu satu pemeriksaan yang dijalankan sepasukan pegawai dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menerusi Op Bersih.

Terdapat ularan berengga

Menerusi laporan RTM, bukan sekadar serpihan kayu, malah mereka turut menemui ulat dipercayai ulat berenga di dalam tempat penyimpanan makanan.

Foto : Harian Metro/  ZUHAINY ZULKIFFLI

Menurut Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri, Mohd Wazir Khalid keadan di lantai tempat simpanan bahan itu juga begitu kotor kerana dipenuhi dengan tumpahan otak udang yang sudah berbau busuk.

Foto : Utusan / Media Mulia

Guna logo Halal tidak sah

Bukan itu sahaja beliau turut mendedahkan kilang terbabit juga telah menggunakan logo Halal yang tidak sah untuk mengelirukan pengguna.

“Kami turut meragui logo halal digunakan pada label dan akan syorkan dengan agensi berkaitan bagi mengambil tindakan.

Semasa pemeriksaan, pihaknya turut menemukan otak udang sudah dibotolkan namun sudah dalam keadaan tidak elok meskpipun tertera tarikh luput pada 2024, lapor Harian Metro.

Jelas Mohd Wazir lagi, pemilik premis kemudian memberikan alasan otak udang yang sudah rosak tidak sempat dibuang, namun alasan itu tidak boleh diterima.

“Premis itu pernah diserbu dan diarahkan tutup serta sudah diberi peringatan mengenai kebersihan, namun didapati hari ini keadaannya tetap sama,” katanya.

Sehubungan itu, premis tersebut itu diarah tutup selama 14 hari dan dikenakan dua kompaun sebanyak RM5,000 mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana gagal mematuhi Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM).

Foto header : RTM/ Utusan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.