fbpx
Now Reading
Tular Video Murid Hampir Jatuh Masa Angkat Beg Berat Naik Tangga, Netizen Mahu Isu Ini Segera Diselesaikan

Tular Video Murid Hampir Jatuh Masa Angkat Beg Berat Naik Tangga, Netizen Mahu Isu Ini Segera Diselesaikan

Malah anak kecil ini dilihat hampir tersungkur gara-gara tidak mampu mengangkat beg berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu beg sekolah yang berat bukanlah masalah baharu di negara kita. Malah ia dilihat sudah menjadi polemik yang tidak berkesudahan dan sering diperbahaskan setiap kali sesi persekolahan dibuka.

Bila bercerita tentang isu ini, salah seorang pendidik yang paling lantang bersuara pastinya Cikgu Mohd Fadli Salleh yang cukup terkenal banyak berkongsikan ilmu bermanfaat kepada ibu bapa dan para pelajar di laman Facebook.

Terbaharu, akaun FB Cikgu Fadhli sekali lagi menjadi perhatian orang ramai apabila pengendalinya memuat naik satu video memperlihatkan seorang murid sekolah rendah yang dilihat tidak berdaya mengangkat beg sekolah yang berat semasa menaiki tangga.

Malah anak kecil ini dilihat hampir tersungkur gara-gara tidak mampu mengangkat beg berkenaan.

Menurut pengendali akaun tersebut, video ini diterimanya dari ibu murid itu sendiri. Jelasnya, isu ini bukanlah isu kecil kerana ia melibatkan kesihatan pelajar sekolah.

“Ni bukan isu kecil. Ini melibatkan kesihatan anak-anak kita. Ada kajian sains mengatakan ia boleh menyebabkan kerosakan kekal tulang belakang akibat pikul bebanan berterusan setiap hari. Bahkan dah ada beberapa bukti dari kawan-kawan tentang masalah anak belakang mereka dipercayai pikul beg berat.

Tambah beliau, ada beberapa langkah terbaik untuk menguruskan isu ini iaitu dengan meninggalkan buku teks di sekolah antaranya dengan penyediaan locker.

Namun ia perlu dilakukan dengan lebih teliti iaitu dengan membuang hak pemilikan buku memandangkan kaedah sama iaitu meninggalkan buku di sekolah sudah pernah dilakukan namun tidak begitu berkesan serta tidak mendapat sambutan ibu bapa.

“Tu ja cara paling cepat, paling pantas, paling berkesan.Banyak sekolah wujudkan locker dan almari di kelas untuk murid tinggalkan buku teks. Awal-awal ja berkesan cara tu, kemudian semua tak nak letak sebab buku anak mereka hilang, rosak koyak, dan seumpamanya. Itu punca locker atau almari kat sekolah tak berjaya.

“Ini kerana setiap buku ada pemilik berdaftar dan perlu pulangkan setiap tahun. Bila rosak mereka yang kena ganti.

“Pemilikan buku ini punca orang tak nak tinggalkan buku di sekolah. Mereka tak nak buku anak mereka hilang dan rosak, seterusnya mereka pula kena beli lain dan ganti. Dah beli lain dan ganti, hilang lagi dan lagi. Penat weh main gini. Apa kata lepas ni semua sekolah di Malaysia buang hak pemilikan itu,” katanya lagi.

Letak kelas murid 1 dan 2 di bawah

Tambahnya lagi, pihak berkenaan juga sepatnya menggunakan common sense dengan meletakkan kelas pelajar darjah 1 dan 2 di bawah berbanding menempatkan mereka di tingkat yang lebih tinggi.

“Dan tolong la letak kelas murid tahun 1 dan tahun 2 di aras bawah. Kenapa kelas murid tahun satu pun ada yang ditingkat 3? Common sense kot. Budak tu kecik, beg berat. Macamana mereka nak pikul naik atas?Isu silibus berat, subjek banyak pun satu hal juga. Takkan nak suruh kami netizen fikirkan cara penyelesaian juga? Haishhh.”

Pengendali akaun FB Cikgu Fadhli Salleh

Malah beliau turut berkongsi tangkap layar kenyataan seorang bapa yang mana anaknya telah mengalami kecederaan gara-gara mengangkat beg sekolah yang berat.

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian ramai netizen khususnya golongan ibu bapa. Mengakui isu ini sudah cukup lama diperbahaskan, ramai yang meminta KPM dan pihak berkaitan agar menyelesaikannya secepat mungkin demi kebaikan murid sekolah.

Berikut antara komen yang diberikan netizen :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.