fbpx
Now Reading
Seolah Normalisasikan Keganasan Rumah Tangga, Ceramah Oki Setiana Dewi Cetus Perdebatan

Seolah Normalisasikan Keganasan Rumah Tangga, Ceramah Oki Setiana Dewi Cetus Perdebatan

Malah ada yang merasakan ceramah yang disampaikan Oki boleh mendatangkan bahaya kepada kaum wanita.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu nama pendakwah selebriti terkenal Indonesia, Ustazah Oki Setiana Dewi menjadi topik perbualan orang ramai selepas satu klip video ceramahnya mengenai keganasan rumah tangga tular di media sosial.

Menerusi video tersebut, Oki telah berkongsi sebuah kisah sepasang suami isteri dari Jeddah, Arab Saudi, yang mana suaminya telah memukul wajah si isteri ketika mereka sedang bertengkar.

Namun sebaik mengasari si isteri, ibu mertua lelaki berkenaan secara kebetulan singgah untuk bertanyakan khabar pasangan tersebut. Namun si isteri yang sedang menangis masih menutup perbuatan si suami dari pengetahuan ibunya.

“Ada sebuah kisah benar berlaku di Jeddah berlaku terhadap pasangan suami isteri. Suami yang marah pada si isteri lalu memukul wajahnya. Kemudian isteri pun menangis.

“Tiba-tiba pintu loceng rumah berbunyi dan si isteri membuka pintu dalam keadaan matanya sembab. Apabila pintu dibuka, muncul ibu si isteri,” kata Oki.

“Ibu si isteri bertanya pada anaknya mengapa dia menangis. Jawab anaknya tadi dia berdoa kerana rindu pada ibu dan bapanya dan kini doanya dimakbulkan,” katanya.

Suami terkejut kerana aib disembunyikan, jadi lebih sayang pada si isteri

Tindakan wanita berkenaan nyata mengejutkan suaminya, kerana dia sebelum itu menyangkakan si isteri pastinya akan mengadu akan hal tersebut kepada ibunya. Ini menurut Oki membuatkan si lelaki tersedar dan semakin sayangkan isterinya.

“Kalau perempuan kadang-kadang tak boleh terima kenyataan, mereka suka melebih-lebihkan cerita. Sepatutnya semakin cinta pada suami, si isteri wajar menyimpan aib sendiri. Ini tingkat tertinggi akhlak seorang isteri.

“Suaminya luluh hatinya apabila isteri menyimpan aibnya sendiri. Luar biasa, makin sayang dan cinta suami itu,” katanya lagi.

@okisetianadewi13 Tingkat tertinggi akhlak istri #okisetianadewiofficial #dakwah #islam #fypシ ♬ Kiss the Rain – Richard Abel

Perkongsian tersebut bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Meskipun ada segelintir yang bersetuju dengan saranannya, namun majoriti dilihat kurang senang dan menyifatkan tindakan tersebut seolah-olah menormalisasikan keganasan rumah tangga.

Ramai yang meluahkan rasa kesal mereka dan berasakan isu utama di dalam kisah tersebut bukanlah tentang aib sebaliknya isu keganasan rumah tangga. Justeru perkara terbaik yang sepatutnya dilakukan si isteri adalah berterus terang atau lebih baik lagi dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Malah ada yang merasakan ceramah yang disampaikan Oki boleh mendatangkan bahaya kepada kaum wanita.

Berikut antara komen yang dikongsikan netizen :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.