Buka Pintu Di Tengah Jalan Hingga Sebabkan Kemalangan, Penumpang Vios Dikecam Ramai [Video]
Menurut pemilik video tersebut, insiden ini berlaku pada 6 Februari 2022 di sebuah jalan di Melaka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak semalam tular di media sosial satu rakaman dashcam memperlihatkan satu kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah Perodua Axia yang sedang berhenti dipercayai menunggu lampu trafik.
Menerusi video tersebut, insiden berkenaan sebenarnya berpunca apabila penumpang hadapan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang berada di sebelah kanan Axia berkenaan tiba-tiba membuka pintu keretanya secara mengejut.
Tindakan cuai penumpang Vios tersebut menyebabkan motosikal berkenaan yang dinaiki dua wanita secara spontan terpaksa mengelak sebelum gagal dikawal dan akhirnya merempuh bahagian kanan Axia berkenaan.
Impak dari perlanggaran tersebut walaupun tidak terlalu kuat telah menyebabkan kedua-dua wanita berkenaan nyaris tersungkur malah kotak yang dipegang si pembonceng terlepas dan terjatuh di atas jalan raya.
Menurut pemilik video tersebut, insiden ini berlaku pada 6 Februari 2022 di Melaka.
Perkongsian video berkenaan kemudian mula tular dan sohor selepas diulang siar oleh beberapa laman automotif sehingga menimbulkan kemarahan netizen.
Majoriti menyifatkan penumpang Vios tersebut begitu cuai kerana tidak menggunakan cermin sisi kenderaan untuk membuka pintu sehingga membahayakan nyawa orang lain. Malah ramai yang mahukan penunggang motosikal dan pemandu Axia terbabit untuk menuntut insurans ke atas Vios tersebut.
Tips untuk membuka pintu kereta
Sebagai pengguna jalan raya, insiden sebegini yang turut digelar sebagai dooring sebenarnya boleh dielakkan jika anda bijak untuk tidak membuka pintu di jalan utama.
Namun dalam sesetengah keadaan, mungkin tidak banyak yang dapat anda lakukan kerana anda tetap perlu keluar dari kenderaan.
Jadi di sini kami kongsikan satu tips mudah untuk anda iaitu membuka pintu kereta dengan tangan bertentangan atau dalam erti kata lain menggunakan tangan yang jauh dari pemegang pintu.
Sebagai contoh, sekiranya anda seorang penumpang dan perlu keluar di pintu kiri, anda perlu menggunakan tangan kanan untuk membuka pintu berkenaan. Namun jika anda seorang pemandu atau penumpang yang perlu keluar di pintu kanan, gunakan tangan kiri untuk membuka pintu.
Posisi ini akan membuatkan anda terpaksa memusingkan seluruh bahagian atas badan dan melihat melalui cermin pandang belakang supaya kita dapat melihat bahagian belakang kereta dan jalan di belakangnya.
Rujuk video di bawah :