Bengang Barat Cuba Burukkan Keadaan, Putin Arah Pasukan Nuklear Supaya Bersedia
Menurut Putin, Barat dilihat sengaja ‘memanaskan’ keadaan dengan mengeluarkan pelbagai laporan tidak sahih.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Berang dengan sikap ‘tidak mesra’ dan asakan bertalu-talu dari Barat, Presiden Rusia Vladimir Putin mengarahkan ‘pasukan pencegahan’ nuklear negara itu dalam keadaan siap siaga.
Menurut Putin, Barat dilihat sengaja ‘memanaskan’ keadaan dengan mengeluarkan pelbagai laporan tidak sahih selain dilihat sengaja ‘mengambil kesempatan’ ketika Rusia berperang dengan Ukraine.
“Saya sudah mengarahkan menteri pertahanan dan ketua kakitangan angkatan tentera untuk meletakkan pasukan pencegahan tentera Rusia dalam mod berjaga-jaga paling tinggi.
“Anda melihat bahawa negara-negara Barat bukan saja tidak mesra negara kita dalam bidang ekonomi maksud saya sekatan tidak sah.
“Pegawai kanan negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) juga mengakui kenyataan agresif terhadap negara kita,” kata Putin dalam satu ucapan yang disiarkan menerusi televisyen.
Hanya alasan mewajarkan pencerobohan
Keadaan tersebut bagaimanapun tidak dipersetujui oleh Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Jen Psaki yang merasakan arahan Putin itu hanyalah sebahagian daripada corak ancaman yang direka Moscow untuk mewajarkan pencerobohan.
“Beliau (Putin) sudah melakukan ini berulang kali. Russia tidak pernah diancam oleh NATO, adakah Russia berada di bawah ancaman dari Ukraine.
“Ini semua adalah cara Putin dan kami akan menentangnya. Kami mempunyai keupayaan untuk mempertahankan diri, tetapi kami juga perlu bertindak terhadap apa yang kami lihat di sini daripada Presiden Putin, kata Psaki dipetik dari ABC News.
Dalam perkembangan berbeza, pejabat Presiden Ukraine memaklumkan satu rundingan tanpa prasyarat dengan Rusia akan dilakukan di sempadan Ukraine-Belarus.
Difahamkan, delegasi Rusia yang terdiri dari twakil pentadbiran presiden, kementerian luar dan pertahanan, sudah pun tiba di bandar Gomel di Belarus pada petang Ahad untuk mengadakan rundingan damai berkenaan.