Tindakan Majalah Vogue Buang ‘Palestin’ Dalam Kenyataan Gigi Hadid Dikecam
Gigi Hadid turut menyatakan bahawa mata dan hati kita perlu dibuka kepada sebuah keadilan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebut sahaja nama Gigi Hadid, sudah pasti kita dapat membayangkan sosok dirinya yang sedang berjalan di atas pentas sambil memperagakan baju yang dipakainya.
Beberapa hari yang lalu, supermodel antarabangsa ini telah mengumumkan di Instagram miliknya bahawa dia akan menderma hasil pendapatannya kepada negara-negara yang terlibat dengan perang seperti Ukraine dan Palestin.
Vogue dikritik kerana bersikap prejudis
Malah tindakannya itu telah mendapat sokongan daripada pelbagai pihak antaranya adalah majalah Vogue yang memuat naik kenyataan sama di laman Instagram mereka.
Namun, sokongan yang diberikan oleh majalah popular dunia itu bagaimanapun seolah ada yang tidak kena dan disifatkan orang ramai sebagai prejudis.
Namun, ia menjadi persoalan apabila, kenyataan yang di muat naik itu hanya menyebut negara Ukraine dan mereka seperti dengan sengaja memadam nama Palestin.
Perbuatan pengendali Vogue kemudian mendapat kritikan ramai pihak serta dibincangkan dengan meluas di media sosial.
Media mengetepikan fakta dalam kenyataan Gigi Hadid
Perkara ini turut dihujah oleh aktivis Palestin iaitu Mohammed El-Kurd yang menyifatkan media mengetepikan fakta dalam kenyataan Gigi kerana bimbang sekiranya pihak Zionis tidak dapat menerima kenyataan itu.
Tindakan Vogue turut menarik perhatian kakak Gigi iaitu Alana Hadid yang meluahkan rasa kecewa dengan tindakan majalah berkenaan seolah-olah membandingkan negara yang terlibat dengan perang.
“Wah kamu menghapuskan Palestin, sedangkan Gigi menyokong kedua-dua krisis yang berlaku di negara Ukraine dan Palestin,” kata Alana.
Namun difahamkan Vogue sudah pun menambah perkataan berkenaan selepas teruk mendapat kecaman. Perkara itu dapat dilihat menerusi suntingan pada kapsyen di Instagram mereka.
Terdahulu, ketika Baitulmaqdis dan Gaza diserang, supermodel antarabangsa itu bersama adiknya Bella Hadid, sanggup mengenepikan kepentingan peribadi mereka dan lantang bersuara dalam mempertahankan hak rakyat Palestin di media sosial.