fbpx
Now Reading
Gara-Gara Tanduk Wanita Hingga Maut, Kambing Dipenjara Tiga Tahun

Gara-Gara Tanduk Wanita Hingga Maut, Kambing Dipenjara Tiga Tahun

Sebaik selesai ‘hukuman’, kambing tersebut akan dihadiahkan kepada keluarga mangsa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seekor kambing biri-biri telah dihukum penjara selama tiga tahun selepas dilaporkan menanduk seorang wanita warga emas sehingga membawa maut.

Kambing jantan itu didakwa telah menyerang mangsa, Adhieu Chaping, 45, dengan menanduk di bahagian dada beberapa kali sebelum mangsa dilaporkan mati.

Kambing ditempatkan di jeriji besi dekat kem tentera

Oleh itu, sebagai hukuman kambing biri-biri tersebut telah ditempatkan di sebalik jeriji besi di kem tentera selepas dijatuhkan hukuman oleh pemimpin setempat, lapor Daily Star.

Wanita mati serta-merta

“Kambing jantan itu menyerang dengan menanduk rusuknya dan wanita tua itu mati serta-merta.

“Peranan kami sebagai polis adalah untuk menjaga keselamatan dan kambing jantan itu telah ditahan dan kini berada dalam tahanan,” kaya Mejar Polis Elijah Mabor kepada Radio Mata Sudan.

Bagi 5 ekor lembu sebagai pampasan

Pihak berkuasa turut mengesahkan bahawa keluarga mangsa akan menerima lima ekor lembu daripada pemilik kambing tersebut sebagai pampasan ke atas apa yang berlaku, lapor Ghanawish.

Kambing akan dihadiahkan kepada keluarga mangsa

Menurut pegawai tadbir daerah Paul Adhong Majak, pemilik haiwan tersebut dan keluarga mangsa merupakan saudara dan jiran.

Difahamkan kambing tersebut juga akan dihadiahkan kepada keluarga mangsa selepas ia dibebaskan daripada penjara, di bawah undang-undang tempatan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.