fbpx
Now Reading
Ramai Terpesona Dengar Bacaan Taranum Ernie Zakri Bersama Johan Tilawah Al-Quran [Video]

Ramai Terpesona Dengar Bacaan Taranum Ernie Zakri Bersama Johan Tilawah Al-Quran [Video]

Dimuat naik oleh Farhatul di laman Instagram, video berdurasi satu minit 20 saat itu memperlihatkan mereka bersama-sama membacakan surah Al Kautsar dengan alunan ayat suci dimulai olehnya sebelum disusuli Ernie.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ernie Zakri bukanlah satu nama asing dalam kalangan penggiat dan peminat industri hiburan. Boleh dikatakan dia salah seorang penyanyi dengan vokal terbaik di Malaysia ketika ini.

Terbaharu, Ernie dilihat tampil bertaranum bersama Juara Tilawah Al-Quran 2019, Farhatul Fairuzah di dalam sebuah video.

Difahamkan ianya dilakukan sewaktu mereka berdua menghadiri satu rakaman bagi Gema Haflah, sebuah program berbentuk Islamik yang akan disiarkan di TV Al-Hijrah.

Dimuat naik oleh Farhatul di laman Instagram, video berdurasi satu minit 20 saat itu memperlihatkan mereka bersama-sama membacakan surah Al Kautsar dengan alunan ayat suci dimulai olehnya sebelum disusuli Ernie.

“Masya Allah Kak Ninie (Ernie Zakri) kita, nyanyi sedap, mengaji pun sedap,” tulis Farhatul di ruangan kapsyen.

Perkongsian video tersebut tertanya mencuri perhatian ramai di mana rata-rata memberikan respon yang positif dan memuji kelunakan suara mereka berdua.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.