fbpx
Now Reading
Qari OKU Penglihatan Dari Malaysia Dinobat Johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa

Qari OKU Penglihatan Dari Malaysia Dinobat Johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa

Muhamad Qayyim yang berstatus OKU penglihatan sejak lahir mempelajari dan mendalami kemahiran bacaan al-Quran menggunakan naskhah Braille selama16 tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang berusia 25 tahun diumumkan sebagai johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-63 Tahun 1445H/2023M.

Pencapaian yang membanggakan negara ini diumumkan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada malam tadi (24 Ogos).

Peroleh Markah Tertinggi 94.96%, Bawa Pulang Hadiah Emas

Beliau yang juga merupakan johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan 1444H/2023M berjaya menewaskan peserta dari negara lain dengan memperoleh markah tertinggi sebanyak 94.96%.

Kemenangan ini membolehkan beliau membawa pulang hadiah utama yang merupakan tajaan emas sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), wang tunai dari kerajaan, piala iringan dan sijil.

Johan Qariah Dimenangi Peserta Maghribi, Morocco

Manakala, peserta dari Maghribi Sara Belmamoun, dinobatkan sebagai johan tilawah kategori Qariah apabila memperolehi markah tertinggi sebanyak 93.05%.

Bagi kategori hafazan lelaki dan wanita, Omar Toure dari Guninea dan Tebani Cheyma Enfal dari Algeria diumumkan sebagai juara bagi kategori tersebut dengan markah yang diperolehi masing-masing sebanyak 98.63% dan 96.32%.

Usaha 16 Tahun Buahkan Hasil

Menurut Muhamad Qayyim yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan sejak lahir, beliau menzahirkan rasa syukur apabila usaha selama 16 tahun mempelajari dan mendalami kemahiran bacaan al-Quran menggunakan naskhah Braille akhirnya membuahkan hasil.

“Perasaan saya gembira ada, sebak ada. Bagi saya, kita kena ada minat dalam bidang tarannum, saya sarankan untuk kita semua belajar tarannum sebab ia boleh buat kita rasa seronok dan kita boleh bawa bacaan dalam solat,” katanya.

Malah, beliau turut mengucapkan terima kasih terutama kepada ayah dan keluarganya yang sentiasa memberi golongan dan galakan dalam bidang itu.

“Pada sesiapa yang ada masalah penglihatan, kita ni kena juga belajar baca al-Quran kerana dengan al-Quran ni, cerah masa depan kita,” katanya.

Foto: FB Muhammad Qayyim Nizar Sarimi

Untuk info, Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran (MTHQA) Ke-63 1445/2023 M telah diadakan selama enam hari bermula 19 hingga 24 Ogos 2023.

Bertemakan Perpaduan Teras Malaysia Madani, Malaysia diwakili oleh empat orang peserta di mana dua peserta bagi kategori Tilawah diwakili oleh Muhammad Qayyim Nizar bin Sarimi Qari dari Kelantan dan Nor Hidayah Binti Abd Rahman dari Terengganu.

Ahmad Ikmal bin Mohd Ridhuan dari Johor dan Dian Karisma Mohd Japar dari Sabah pula mewakili Malaysia bagi kategori hafazan.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke majlis itu yang turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar.

Berlabuh sudah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-63 Tahun 2023M/1445H. Menjunjung…

Posted by Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM on Thursday, 24 August 2023

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Terpesona Dengar Bacaan Taranum Ernie Zakri Bersama Johan Tilawah Al-Quran [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Buang Foto Seksi, Alunan Merdu Selawat Zizi Kirana & Johan Tilawah Antarabangsa Buat Netizen Terpegun [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.