fbpx
Now Reading
Sengaja Curi Sabun Supaya Masuk Penjara, Warga Emas Akui Alami Kebuluran

Sengaja Curi Sabun Supaya Masuk Penjara, Warga Emas Akui Alami Kebuluran

Segelintir warga tempatan cuba menawarkan untuk membayar jumlah barangan yang dicuri warga emas terbabit, namun dia enggan menerima tawaran itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang warga emas di Thailand bertindak mencuri barangan di sebuah kedai kerana ingin dirinya ditangkap pihak berkuasa agar dimasukkan ke dalam penjara.

Dia difahamkan nekad melakukan tindakan pelik itu berikutan kekangan kewangan yang dihadapinya serta kebuluran semasa berada di jalanan.

Menurut laporan mothership.sg, kejadian itu dikatakan berlaku di daerah Sattahip, wilayah Chonburi pada jam 3.30 petang, Jumaat lalu (29 Julai).

Membuat pengakuan kepada polis

Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook (FB) oleh seorang pengguna, lelaki berusia 60 tahun itu telah membuat pengakuan kepada pihak polis berhubung tindakannya.

Apa yang lebih menghairankan orang ramai yang berada di tempat kejadian, warga emas terbabit memilih untuk merompak kedai yang telah memasang papan tanda memaklumkan perompak yang ditangkap akan berdepan denda 30 kali ganda daripada kos barangan yang dicuri.

Jumlah nilai barangan yang curi hanyalah RM6.30

Menurut pihak polis, warga emas yang dikenali sebagai Phi itu mencuri tiga ketul sabun yang bernilai 17 bhat (RM2.10) bagi setiap satu, kesemua jumlah nilai barangan yang dicuri adalah sebanyak 51 bhat (RM6.30).

Dalam pada itu, segelintir warga tempatan cuba menawarkan untuk membayar kembali jumlah barangan yang dicuri oleh Phi, namun warga emas terbabit enggan menerima tawaran itu.

Phi kemudiannya memberitahu mereka bahawa dirinya menjalani kehidupan yang sangat sukar kerana tidak mempunyai pekerjaan serta kebuluran pada setiap hari.

Pilih untuk ke penjara agar tidak mati kebuluran

Hal ini merupakan sebab utama mengapa Phi memilih untuk masuk ke dalam penjara dengan cara mencuri barangan agar nyawanya dapat diselamatkan daripada mati kebuluran.

Menurut Phi, di dalam penjara sekurang-kurangnya dia diberikan makanan sebanyak tiga kali sehari beserta tempat tinggal.

“Kalau sunyi, ada banduan lain yang boleh teman. Kalau saya terus duduk di jalanan, mungkin saya akan mati kelaparan,” ujarnya.

Di akhir video tersebut, lelaki itu dilihat dibawa pergi menerusi satu trak, tetapi sehingga kini masih belum dikenal pasti samada dia benar-benar ditangkap ataupun tidak.

Melihat di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa simpati terhadap nasib warga emas terbabit yang sanggup memilih berada di balik tirai besi asalkan mendapat makanan pada setiap hari.

“Sangat kesian, dia keseorangan tanpa saudara mara. Kesunyian dan tiada pekerjaan. dia kelaparan. dia sepatutnya dihantar ke tempat perlindungan atau pusat jagaan.”

“Saya kesian kat pakcik, semoga pakcik jumpa perkara yang baik dalam kehidupan kerana pakcik tiada duit sehingga terpaksa buat perkara ini.”

“Sedih, kehidupan kita tidak nyata. kita takkan berani bertindak sebigini dan berfikir seperti ini.”

“Sukar untuk mendapatkan wang pada zaman ini. Ekonomi tak berapa bagus. Saya kasihan dengan nasib pakcik itu.”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.