fbpx
Keadaan Ainul Mardhiah agak teruk selepas diserang sawan berkali-kali

“Saya Reda” – Bapa Ainul Mardhiah Maklum Keadaan Anak Agak Teruk, Berharap Ada Keajaiban Dari Allah SWT

Keadaan Ainul Mardhian dilaporkan agak teruk, bapa berharap agar ada keajaiban dari Allah SWT buat kanak-kanak itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar minggu lalu, adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang pernah tular kerana sakit kanser mulut Germ Cell Tumor dilaporan kritikal serta dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Selepas beberapa hari, ibu adik Ainul, Nurul Erwani Zaidi berkongsi kepada orang ramai dan memaklumkan keadaan Ainul yang semakin pulih.

Bapa maklum keadaan Ainul Mardhiah agak teruk kerana diserang sawan beberapa kali

Namun, terbaharu Ahmad Safiuddin Abdul Razak iaitu bapa kepada Ainul telah memuat naik satu hantaran di Facebook yang memaklumkan bahawa keadaan kanak-kanak itu pada hari ini agak teruk selepas diserang sawan berulang kali semalam (8 Ogos).

Jelasnya, ia merupakan kali pertama Ainul diserang sawan dan ia menyerangnya sehingga empat ke lima kali dalam tempoh tidak sampai 12 jam.

Keadaan Ainul berbeza berbanding sebelum ini yang bertenaga meskipun sakit

Menurutnya, juga keadaan kanak-kanak itu kali ini kelihatan berbeza dan tidak seperti sebelum ini di mana meskipun jatuh sakit tetapi dia tetap bertenaga melawan sakitnya walau diberi ubat tidur.

“Hari ini, walaupun tanpa ada sebarang ubat tidur, keadaan Ainul sekarang seperti ditidurkan. Hanya bola mata saja Ainul mampu gerakkan. Badannya kaku.

Tak dapat gambarkan apa yang dirasai ketika ini, bapa reda

“Saya menangis semahunya sejak serangan berlaku tengah malam tadi. Saya tak dapat nak gambarkan apa yang saya rasa sekarang. Saya sangat sayang dengan Ainul.

“Saya reda,” tulis bapa Ainul di dalam Facebook.

Katanya, doktor sedang berusaha merawat Ainul serta menyatakan kini adalah masa untuk menyerahkan segalanya kepada yang maha berkuasa bagi menentukannya.

Berharap agar ada keajaiban dari Allah SWT

Tambah bapa kanak-kanak itu, jauh di sudut hatinya turut berharap ada keajaiban dari Allah SWT.

“Semoga Allah izinkan Ainul kuat dan dipanjangkan usianya supaya saya dan keluarga masih dapat menjaga dan membesarkannya di depan mata,” katanya lagi.

Dia dalam masa sama turut meminta orang ramai untuk mendoakan kesihatan Ainul Mardhiah.

Sementara itu, perkongsian yang sama turut dikongsikan oleh ibu Ainul menerusi Insta Story di Instagram beberapa jam yang lalu.

Untuk rekod, Ainul Mardhiah yang mengalami sakit kanser itu telah membuang tumor yang berada di dalam mulutnya pada tahun 2019 . Pembedahan tersebut dijalankan di London, United Kingdom dan turut disertai pelatih pakar bedah Malaysia di sana, Doktor Amalina Che Bakri.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.