fbpx

Kiamat Iklim Diramal Berlaku 2040? Malaysia Antara Negara Yang Bakal Terjejas, Ketahui Puncanya

Kiamat iklim akan berlaku akibat pemanasan global yang akan menyebabkan bongkah ais di Kutub Utara dan Antartika semakin mencair selain daripada gunung berapi yang makin aktif.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malaysia mungkin menjadi antara negara di dunia yang bakal dilanda ‘kiamat iklim’ yang diramal berlaku pada tahun 2040.

Jika dihitung dari sekarang, ini bermakna ia mengambil masa lagi 18 tahun sahaja untuk ramalan ini terjadi.

Persoalan yang mungkin bermain di minda adalah kenapa ia diberi nama kiamat dan apakah benar ia begitu mengerikan sehingga dipanggil kiamat.

Ais di Kutub Utara dan Antartika semakin cair

Menurut laporan Awani, Ikon Ais Kutub Utara, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir berkata, hasil pemerhatian beliau semasa beberapa kali ke Kutub Utara dan Antartika mendapati ais di sana semakin mencair.

Gunung berapi di Antartika kembali aktif

Menurutnya, gunung berapi juga sudah mulai aktif kembali di Antartika (Kutub Selatan) dan suhu di Kutub Utara pula tidak lagi membeku tetapi sekadar suam menyebabkan banyak ais yang cair.

Foto: Pexels

Jelas Sharifah Mazlina, semua petunjuk itu adalah kesan daripada pemanasan global, yang tidak pernah berlaku sebelum ini, tetapi semakin mendekati negara di dunia.

“Melihat kepada perkembangan itu semua, berbaki 18 tahun lagi dari sekarang, iaitu pada 2040, dunia mungkin alami kiamat iklim yang akan turut sama menjejaskan Malaysia,” katanya.

Ramalan kiamat iklim turut disahkan oleh para saintis dunia

Kata Sharifah Mazlina, ramalan itu bukan sahaja berdasarkan pemerhatiannya sahaja, tetapi turut disahkan para saintis dunia termasuk dari Rusia dan Amerika Syarikat.

Tambahnya yang sudah beberapa kali menjelajah Kutub Utara dan Antartika, beliau melihat dengan mata kepala sendiri betapa banyaknya bongkah-bongkah ais pecah dan hancur.

Foto: Pexels

“Keadaan amat mengerikan sekali, beberapa saintis dunia sebelum ini berkata akan berlaku iklim ekstrem pada 2040 atau 2041. Ini kerana ramalan mereka ais di Antartika akan mencair dengan sangat teruk,” katanya lagi.

Menurut beliau, saiz Antartika adalah dua kali ganda lebih besar dari negara Australia, sekiranya kesemua ais di sana mencair pada 2040, ia akan menyebabkan berlakunya limpahan ombak, tsunami, banjir teruk dan sebagainya.

Malaysia turut akan terjejas dengan pencairan ais di Antartika

Selain daripada itu, beliau dengan tegas mengakui Malaysia turut akan terjejas dengan pencairan ais di Antartika, memandangkan pasa masa ini negara sudah alami musim monsun yang berbeza daripada kebiasaan.

Beliau berkata, jika dilihat banjir kerap berlaku, banyak tempat rendah ditenggalami air. Ini antara, petanda di mana perubahan cuaca yang tidak menentu sekarang berlaku berikutan pemanasan global melampau.

Kedudukan geografi Malaysia di bawah garis khatulistiwa

Lebih-lebih lagi, kedudukan geografi negara di bawah garis khatulistiwa, menyebabkan ia berpotensi dilanda kiamat iklim yang diramalkan berlaku itu.

“Ini yang saya nak kongsi kepada rakyat Malaysia supaya sedar pemanasan global sudah semakin serius. Malah sehari sebelum sampai ke persisiran Antartika itu kita sudah nampak bongkah hanyut ke lautan besar.

“Jadi ini bukan perkara kecil yang boleh dianggap main-main dan perkara serius lebih-lebih lagi Malaysia sudah mengalami musim monsun yang lari kebiasaan seperti banjir dan sebagainya,” ujarnya lagi.

Ambil tahu isu pemanasan global dan ketahui cara untuk kurangkannya

Susulan itu, Sharifah Mazlina turut menggesa rakyat Malaysia agar mengambil berat serta mendapat kesedaran mengenai isu pemanasan global ini.

Tindakan seperti kitar semula, kurangkan penggunaan plastic dan karbon serta perbanyakkan penanaman pokok antara langkah kecil yang membawa kesan besar pada pengurangan pemanasan global.
plastik

Foto: Pexels

Untuk info, Sharifah Mazlina, pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) All Women Empowerment To Accelerate (AWETA), ialah wanita Asia pertama merentasi Antartika secara solo.

Dan, terbaharu, pada 7 Mac 2022, Sharifah Mazlina dan pasukannya ke Antartika sekali lagi bagi menyertai misi pelayaran “Climate Force 2041 (CF2041) untuk mengkaji kesan pemanasan global di kawasan itu selama 12 hari.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.