fbpx
Now Reading
Jalur Gemilang Hiasi Burj Khalifa Sempena Hari Kebangsaan 2022 [Video]

Jalur Gemilang Hiasi Burj Khalifa Sempena Hari Kebangsaan 2022 [Video]

Video tersebut turut diiringi dengan muzik lagu Negaraku selain ucapan ringkas di ruangan kapsyen.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada tahun lalu, beberapa bangunan ikonik di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah dilimpahi cahaya warna Bendera Malaysia, Jalur Gemilang.

Inisifatif tersebut yang dilakukan kerajaan UAE bersempena dengan Hari Kebangsaan yang ke-64 ternyata menarik perhatian ramai rakyat Malaysia yang menyifatkan ia satu penghormatan tertinggi buat negara.

Baca artikel berkaitan : Bukan Hanya di Malaysia, Bangunan Di Abu Dhabi Turut Dilimpahi Cahaya Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan ke-64

Terbaharu semalam (31 Ogos) Burj Khalifa di Dubai pula mencuri perhatian dunia apabila membuat perkara sama bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaaan 2022.

Menerusi satu posting di akaun media sosial rasminya, Burj Khalifa memuat naik satu video memperlihatkan bangunan tertinggi di dunia itu dihiasi dengan kibaran Jalur Gemilang.

Siap pasang lagu Negaraku

Bukan itu sahaja, video tersebut turut diiringi dengan muzik lagu Negaraku selain ucapan ringkas di ruangan kapsyen yang berbunyi, “Burj Khalifa menyambut Hari Kebangsaan Malaysia dan mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat Malaysia.”

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial dari Malaysia dilihat meninggalkan komen terima kasih kepada Burj Khalifa dan bandar Dubai.

Hishamuddin turut ucap terima kasih

Menerusi semakan kami di Facebook Burj Khalifa pula, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga tidak terkecuali apabila turut meninggalkan ucapan terima kasih pada ruangan komen.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.