[Kemaskini] Juruterbang Helikopter Terhempas Disahkan Maut
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, juruterbang tersebut yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur ditemui mati di lokasi kejadian.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, juruterbang tersebut yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur ditemui mati di lokasi kejadian.
Mangsa yang dikenali sebagai Kapten Tsz Kin Richard Chan, 58, seorang warganegara Hong Kong ditemukan pasukan penyelamat sekitar pukul 9.30 pagi tadi.
Terdahulu Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan bahawa juruterbang helikopter terbabit yang namanya tidak didedahkan telah ditemui pagi ini di tempat pesawat itu terhempas.
Juruterbang ditemui di lokasi nahas pesawat sekitar Bidor
“Syukur! Saya baru sahaja dimaklumkan oleh CAAM bahawa juruterbang helikopter yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur semalam telah ditemui selamat di lokasi nahas sekitar Bidor, pada jam 8.20 pagi hari ini,” katanya.
Menurutnya, ketika ini pasukan penyelamat sedang berusaha untuk membawa juruterbang tersebut ke Hospital Ipoh untuk menerima rawatan.
Tambahnya, setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan pada pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta semua pihak yang terlibat dalam operasi Mencari dan Menyelamat (SAR).
Tiada panggilan kecemasan dibuat
CAAM dalam satu kenyataan terdahulu mengesahkan tiada panggilan kecemasan dibuat juruterbang helikopter yang disyaki hilang tengah hari semalam.
Helikopter gagal dihubungi pada tengah hari semalam
Menurut laporan sama, helikopter jenis Eurocopter EC120B dengan pendaftaran N409HH yang dikendalikan Heli Outpost Sdn Bhd gagal dihubungi pada pukul 12.16 tengah hari semalam (11 September).
Pesawat dikendali oleh seorang juruterbang
Pesawat dengan seorang juruterbang itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 11.37 pagi untuk penerbangan persendirian dan dijangkakan tiba pada 12.37 tengah hari di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.