fbpx

Ingat Tahan Nak Saman Rupanya Tolong Tukar Tayar, Tindakan Abang Polis Raih Pujian Ramai [Video]

Menerusi video tersebut, dua anggota polis peronda itu membantu menukar tayar kenderaan milik wanita terbabit yang pecah ketika di atas jalan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan salah satu agensi penguatkuasaan yang penting di negara ini, kerana mereka merupakan orang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan rakyat dengan membanteras segala kes jenayah yang ada.

Di waktu kita semua nyenyak tidur di rumah, mereka bersengkang mata menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

Tidak hanya meronda di kawasan sekeliling, mereka juga harus memastikan keselamatan orang awam serta membantu sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan.

Polis peronda sedang menjalankan tugas di waktu malam

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok @azlan_2nd, kelihatan dia bersama seorang lagi rakannya yang juga anggota polis peronda sedang menjalankan tugas di sebuah kawasan pada waktu malam.

@azlan_2nd

jika kamu susah bertemu org yg baik, kamu jadilah org yg baik utk org lain. semoga urusan kita selalu dipermudahkanšŸ¤²šŸ» #urbtl #1malaysia

ā™¬ Ojo Di Bandingke – Denny Caknan

ā€œJika kamu susah bertemu orang yang baik, kamu jadilah orang yang baik untuk orang lain. Semoga urusan kita selalu dipermudahkan,ā€ tulisnya di kapsyen.

Kereta bergerak dalam keadaan tayar pecah

Dalam video sama, dia terlihat sebuah kereta berwarna putih sedang bergerak di dalam keadaan tayar yang sedang pecah.

Kereta tersebut dipandu oleh seorang wanita, sudah pasti agak berbahaya jika dia mengambil keputusan untuk menukar tayar sendirian pada waktu lewat malam begitu.

Anggota polis bantu tukarkan tayar ganti

Tidak menunggu lama, anggota polis tadi mengarahkan kereta tersebut berhenti di bahu jalan agar beliau bersama rakan setugasnya dapat membantu wanita itu menukarkan tayar kenderaannya yang pecah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berbangga dengan tindakan anggota polis terbabit serta memuji kerana menjalankan tugas dengan penuh keikhlasan.

View Comments (0)

Leave a Reply

Ā© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.