fbpx
Now Reading
Isu Gangguan Seksual: Bapa Pelakon Remaja Dibawa Ke IPD Shah Alam
Bapa pelakon remaja dirujuk ke IPD Shah Alam

Isu Gangguan Seksual: Bapa Pelakon Remaja Dibawa Ke IPD Shah Alam

Mangsa pada 8 September telah membuat laporan polis dan mendakwa dipukul oleh bapanya dengan menggunakan penyangkut baju pada 2014 lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tular di media sosial pada beberapa minggu yang lalu apabila seorang pelakon remaja mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual kepada bapa kandung menerusi satu rakaman temu bual di YouTube.

Susulan daripada pendedahan terbabit, polis telah menahan bapa remaja berkenaan di kediamannya pada 6 September yang lalu.

Baca artikel berkaitan : Didakwa Lakukan Gangguan Seksual, Bapa Pelakon Remaja Ditahan Polis

Bapa dirujuk ke IPD Shah Alam

Terbaharu, polis memaklumkan suspek kini dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi siasatan lanjut.

Ini kerana, terdapat laporan yang dilakukan oleh pelakon tersebut yang mendakwa dirinya pernah dipukul dengan menggunakan penyangkut baju pada tahun 2014.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan laporan tersebut telah dilakukan oleh pelakon remaja itu pada 8 September yang lepas.

Pukul anak guna penyangkut baju, akan buat permohonan reman hari ini

“Lelaki itu akan diserahkan kepada IPD Shah Alam untuk siasatan berhubung laporan polis oleh mangsa (anaknya) dipukul suspek menggunakan penyangkut baju pada 2014.

“Permohonan reman akan dibuat esok (13 September),” jelasnya, semalam (12 September).

Tempoh reman tamat 12 September

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat semasa dihubungi oleh Berita Harian memaklumkan, tempoh reman bapa pelakon itu tamat semalam (12 September).

“Bagaimanapun, dia akan diserahkan kepada IPD Shah Alam untuk siasatan lanjut susulan satu lagi laporan polis dibuat terhadap dirinya,” kata beliau.

Artikel berkaitan :

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.