
“Nak Marah Tapi Kena Sabar” – Bapa Reda Anak Dua Kali Main Beras Hampir 10KG [Video]
Menurut bapanya, perkara itu sudah terjadi dua kali dan sebanyak 10 kilogram beras sudah dimain oleh anaknya itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Anak-anak kecil yang berusia bawah tujuh tahun sememangnya sedang aktif untuk menerokai dunia mereka.
Oleh itu, ketika di fasa ini pasti ada sahaja perkara yang mereka lakukan sehingga adakalanya membuatkan ibu bapa pening namun dalam masa sama terhibur dengan keletah mereka.
Bapa terpaksa reda dengan telatah anak main beras
Perkara sama turut terjadi kepada seorang bapa yang terpaksa reda dengan apa yang dilakukan oleh anak kecilnya sehingga menarik perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh IkmalChil, jelas menunjukkan anaknya sedang berdiri sambil di belakangnya kelihatan banyak beras bertaburan di lantai.
Bapanya kemudian bertanya apakah yang dimain oleh anak sulungnya itu diikuti dengan ketawa kecilnya.
@ikmalchil Semoga rezeki semakim bertambah sebab dah bahagiakan anak 😂 #fyp #fypage #fypdongggggggg #fypシ
♬ original sound – IkmalChil – IkmalChil
Tunjuk beras sambil melompat dan baring di atasnya
Anaknya itu lalu menjawab ini dan kemudian mengambil beras itu sambil melompat dan berbaring di atas beras berkenaan seperti sedang berada di padang pasir.
“Along buat apa long? sedap (seronok) ke main macam tu?
“MasyaAllah ini kali kedua dah along, dah 10 kilo dah habis,” kata bapanya sambil ketawa.
Jelasnya juga, jika hendak memarahi kanak-kanak itu, insiden tersebut sudah pun terjadi. Dia hanya berdoa agar rezeki mereka semakin bertambah kerana sudah membahagiakan anak.
Maklum beras yang dimain adalah beras baharu
Dalam video tersebut turut kedengaran suara si isteri memaklumkan beras yang dimain oleh anaknya itu merupakan beras baharu.
Melihat di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut terhibur dengan keletah comel kanak-kanak itu dan ada juga yang berkongsi mempunyai pengalaman yang sama seperti itu.
“Nasib comel, tak jadi acik nak marah adik”

“Lama sangat tak bawa pergi pantai tu”
