fbpx

Jabatan Penjara Sahkan Najib Jalani Rawatan Di Hospital Rehabilitasi Cheras

Terdahulu tular dakwaan di media sosial yang mengatakan Najib menerima layanan istimewa sepanjang berada di Cheras.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jabatan Penjara Malaysia hari ini (23 Sept) mengesahkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang telah dihantar ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) bagi mendapatkan rawatan dan pemantauan lanjutan.

Jabatan itu menerusi satu kenyataan berkata, Najib telah dirujuk oleh Hospital Kuala Lumpur pada 19 September susulan keadaan kesihatannya yang tidak memuaskan di mana ianya selaras dengan Seksyen 37 Akta Penjara dan arahan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Pada 19 September 2022, pihak HKL telah merujuk Najib ke HRC untuk rawatan dan pemantauan lanjutan hingga kini.

“Datuk Seri Najib akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara sebaik sahaja pihak pakar perubatan HRC atau HKL memberikan pelepasan perubatan ke atas beliau,” kata jabatan itu.

Ramai mahu KJ jawab dakwaan Najib terima ‘layanan istimewa’

Dalam pada itu, setiausaha Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh iaitu Mandeep Singh menggesa Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin agar memberi penjelasan berhubung dakwaan yang mengatakan Najib ada menerima layanan istimewa sepanjang ditempatkan di Cheras.

Antara dakwaan yang dikatakan adalah ruangan rawatan yang selesa, parkir khas selain lawatan tanpa terhad oleh keluarga.

Dakwaaan tersebut yang turut merujuk Najib dengan nama kod Merpati turut mendapat perhatian Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

Jelas beliau, Najib yang dilihat mempunyai akses bebas kepada dunia luar, kelihatan seperti baik-baik sahaja jika merujuk dari hantaran yang dilakukannya di Facebook.

“Saya keliru. Rakyat diberitahu bahawa kesihatan Najib tidak baik, tetapi sebaliknya dia nampak macam sihat dan malah boleh buat hantaran di Facebook.

“Bagaimana dia sampaikan mesej kepada pentadbir Facebooknya, lebih-lebih lagi bagaimana dia tahu apa yang saya cakap semasa pelancaran jentera pilihan raya PKR pada Ahad lalu?” kata Rafizi dipetik dari MalaysiaKini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.